Sunday, July 17, 2016

Lelaki emas mati dipukul orang ramai

16/7/16


Rentenir punya baju dari emas 22 karat tewas dipukuli massa
Datta Phuge sang lelaki emas. ©2016 Merdeka.com/CEN
 
Datta Phuge, lelaki nyentrik yang pernah jadi pemberitaan media internasional,  mati dipukul  di perkampungan kawasan barat India. Dipercayai kuat, lelaki bekerja sebagai rentenir ini dihabisi oleh sekelompok orang kerana masalah hutang-puitang.
Phuge pada 2013 menjadi sorotan kerana memesan baju yang seluruh bahannya terbuat dari emas 22 karat. Bahan baku baju itu adalah dari 14,000 potong emas seberat 3.32 kilogram, lalu dirangkai oleh 15 pengrajin yang memerlukan waktu dua minggu untuk menyelesaikannya. Harga baju itu mencapai 12.7 juta Rupee.

Press Trust of India melaporkan, Sabtu (16/7), Phuge dikeroyok oleh 12 penyerang yang menggunakan batu serta senjata tajam pada Khamis malam. Sebelumnya, salah seorang suspek mengundang Phuge ke sebuah pesta.
Putera Phuge, yang berusia 22 tahun, menyaksikan ayahnya dibunuh tetapi sama sekali tidak diserang oleh para pengeroyok. Polis  mencurigai motif penyerangan itu mungkin adalah sengketa dipicu urusan wang.
Datta Phuge dan baju emasnya semasa hidup (c) dailymail.co.uk
"Kami sedang menyiasat bagaimana Phuge sampai di tempat terbuka, tempat ia dibunuh," kata Inspektor Polis  Lokal Navnath Ghogare.

Phuge di India kondang digelar 'lelaki emas'. Dia menggilai semua aksesori berbahan emas, mulai dari kalung, cincin, gelang, hingga hiasan rumah.
"Orang kaya lain mengeluarkan wang membeli kereta Audi atau Mercedes. Sedangkan saya cuma mencintai emas," kata Phuge ketika diwawancarai terkait bajunya yang terbuat dari emas tulin tiga tahun lalu.
Sumber: Merdeka.com 

1 comment:

  1. Hello, Saya Mark Wiliams, seorang penjual emas swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan emas? Saya telah mendaftar secara sah dan diluluskan untuk mengawal institusi emas. Saya menjual emas untuk tempatan dan antarabangsa untuk semua orang yang memerlukan emas, dan boleh membayar balik wang itu, saya menjual emas melalui pemindahan akaun atau cek bank juga menyokong. Tidak memerlukan banyak kertas kerja. Jika anda ingin mendapatkan emas dari syarikat pinjaman reputasi kita.
    Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: markwiliamsm@gmail.com

    ReplyDelete