Sunday, July 10, 2016

Mengaku Sebagai Seorang Gadis, Pemuda Ini Tipu Belasan Lelaki

1/7/16
 
Shanghaiist Dalam aksi penipuannya, Miao Songtao bahkan pernah menyamar menjadi perempuan dan mengahwini mangsanya selama tiga hari.
 
BEIJING   - Jangan terlalu mempercayai orang yang dikenal melalui dunia maya. Itulah inti kisah yang datang dari China ini.

Pada Oktober tahun lalu, seorang lelaki bernama Wang dari Huaiyang, provinsi Henan, China, sangat gembira setelah mendengar khabar kekasihnya mengandung.

Wang dan kekasihnya berkenalan di dunia maya dan mendengar berita itu, keluarga Wang kemudian mempersiapkan sebuah pesta meriah.

Tak pernah terlintas dalam benak Wang bahawa hanya tiga hari setelah pernikahan mereka, isterinya akan menghilang begitu saja membawa berbagai hadiah dan perhiasan bernilai puluhan ribu yuan.

Keluarga Wang yakin, pasangan suami isteri baru ini bertengkar hebat yang berakhir hilangnya sang istri. Sehingga mereka tak melaporkan masalah ini kepada polis  .

Namun, di masa yang hampir bersamaan, seorang pemuda di kota Ruzhou, juga di wilayah Henan membuat laporan polis  bahawa dia berkenalan dengan seorang gadis yang mengaku bernama Miao Xiaomin di internet.

Gadis ini, lapor pemuda itu, menggunakan berbagai cara untuk menguras wangnya hingga 31,000 yuan.

Mendapat laporan itu, polis  kemudian menyusun rencana untuk menangkap gadis penipu itu. Singkat cerita, polis  berhasil mengelabui gadis itu untuk datang ke sebuah kafe internet dan menangkapnya.

Namun, polis kebingungan kerana tersangka mengenakan pakaian lelaki dan sesuai KTP-nya dia adalah seorang lelaki bernama Miao Songtao berusia 27 tahun.

Semua terungkap ketika polis  menggeledah kediaman lelaki itu. Di sana polis  menemui skirt  , rambut palsu, sepatu tumit tinggi hingga pakaian dalam perempuan dan kosmetik.

Ketika diwawancarai seorang wartawan di dalam tahanan, Miao mengatakan, menjadi perempuan merupakan hal yang paling diimpikannya sejak kecil.

Dia bahkan mengaku, tak yakin dia menyukai lelaki atau wanita, tapi di atas segalanya Miao sangat menyukai wang.

  Miao mengaku kepada polis selama lebih dari setahun, dia sudah berhasil menipu 11 orang lelaki dan mengeruk wang hingga ratusan ribu yuan, sebelum satu mangsanya melapor kepada polis .


Sumber:KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment