Friday, July 15, 2016

‘NGO tak sokong pembangkang berpecah’

Malaysiakini 15/7/16

Wakil masyarakat sivil yang menghadiri mesyuarat semalam bersama Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa mereka tidak akan menyokong pembangkang yang berpecah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.
"Wakil-wakil NGO dan ahli-ahli politik yang menghadiri mesyuarat itu berkeras bahawa perlu ada gencatan senjata dan dialog di kalangan parti-parti pembangkang

"NGO memberi amaran mereka tidak akan menyokong pembangkang dalam pertembungan pelbagai penjuru. Mereka menegaskan mahu pertandingan satu lawan satu dengan BN," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Antara tokoh masyarakat sivil yang menghadiri mesyuarat semalam, adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, Presiden Hakam Datuk Ambiga Sreenevasan dan aktivis Hishamudin Rais.
Semalam, Mahathir mengumumkan gencatan senjata ke atas mereka yang menyokong pergerakan Selamatkan Malaysia.
Beliau juga berkata pihaknya tidak akan menyerang PAS jika parti itu tidak membuat provokasi.

Ini susulan selepas Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan gencatan senjata di kalangan parti pembangkang dan meminta mereka supaya mensasarkan serangan kepada musuh sebenar iaitu BN

No comments:

Post a Comment