Saturday, July 9, 2016

One off RM500: Ada masalah, akan diselesai segera

Risda
Risda
KUALA LUMPUR - Risda sedang menyelesaikan masalah yang dihadapi segelintir pekebun dan penoreh getah berhubung pembayaran insentif khas secara one off yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bayaran berkenaan perlu melalui proses saringan tertentu yang melibatkan antara penoreh dan pekebun getah.

"Kita sedang perketatkan prosuder kerana ada kes dilaporkan penoreh telah mendaftar di beberapa lokasi bagi membolehkan mereka mendapat lebih daripada peruntukkan yang diberikan kerajaan.

"Ada juga kes penoreh dapat, tetapi pekebun pula tidak dapat. Sebab itu kita perlukan memperhalusi dan memperketatkan prosuder agar semua mendapat hak masing-masing secepat mungkin," katanya ketika ditemui Sinar Online di pejabatnya, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian apabila ada kumpulan tertentu mendakwa bayaran mereka tidak diterima lagi selepas diumumkan Najib.

Dalam majlis 20 Jun lalu, Najib mengumumkan pembayaran akan dibuat kepada 32,238 pekebun kecil Risda, antaranya pemberian durian runtuh dividen bernilai RM151.1 juta.
Agihan dividen itu berjumlah RM43.9 juta kepada sebanyak 16,080 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok (RTBB) dan RM107.2 juta kepada 16,158 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan agar semua pekebun dan penoreh agar terus mendaftarkan diri kepada Risda agar melayakkan mereka mendapat bantuan kerajaan.
"Walaupun ada dokumen tidak cukup atau tidak lengkap, daftar juga.

"Kita akan cuba bantu apa yang sepatutnya hingga mereka layak menerima pembayaran," katanya.
Bagaimanapun jelas Zahidi, penoreh yang bekerja atau mengambil upah daripada ladang Risda tidak layak mendapatkan bayaran ini.
"Tetapi terdapat 17 estet yang berdaftar dengan Risda, jadi mereka layak memohon bayaran SES melalui majikan," katanya.
Mengulas isu di Kedah pula yang mengatakan terdapat pekebun dan penoreh yang masih belum menerima bayaran intensif.

Zahidi berkata, pembayaran di Kedah terpaksa diberhentikan seketika kerana terdapat masalah yang sedang diselesaikan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment