Friday, July 1, 2016

Pas harap Guan Eng dibicara dengan adil

Sinar Harian

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas hari ini berharap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendapat perbicaraan yang adil dalam kes yang dihadapinya.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

"Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.
"Elak menjadi hakim, pembicaraan melalui media," katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn  dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu

No comments:

Post a Comment