Saturday, July 23, 2016

Pencerahan dari Peguam Amanah, Faiz: Saman sita aset 1MDB adalah prosedur kes jenayah

 | July 22, 2016
Ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan 'sivil' dan 'jenayah', kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah
Faiz-Fadzil
PETALING JAYA: Saman sita aset berkaitan 1MDB yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini merupakan prosedur kes jenayah, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah.

Faiz Fadzil dalam satu kenyataan berkata ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan ‘sivil’ dan ‘jenayah’ kerana rakyat tidak faham undang-undang bertulis Amerika Syarikat, atau US Code (USC).

Malah, perkataan ‘sivil’ sengaja ditekankan menteri kerajaan dan pimpinan Umno untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil DoJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah, tambahnya.

“Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang,” kata Faiz menjawab kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman baru-baru ini.
Faiz berkata hakikat prosedur ini diketuai Bahagian Jenayah Peguam Negara AS mendedahkan sifat sebenar tindakan itu.

Menurutnya, mereka menggunakan Title 18 US Code Section 981 (18 USC 981) iaitu penyitaan sivil untuk menyita harta alih atau tidak alih yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah ataupun pengubahan wang haram, berdasarkan Title 18 US Code Section 1956 (18 USC 1956).

“Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code (Kanun Keseksaan) dan Criminal Procedure Code (Kanun Acara Jenayah),” jelas Faiz.

Semalam, Azalina berkata pembangkang tidak faham saman DoJ itu, yang menurut Annuar merupakan saman sivil yang “secara jelas di situ 1MDB atau Perdana Menteri tidak terkait dengan apa yang mereka (DoJ) sedang lakukan (tindakan undang-undang)”.

Malah Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menekankan setakat ini, “tidak ada pendakwaan jenayah diadakan terhadap mana-mana individu untuk salahlaku melesapkan dana daripada 1MDB.”
Berdasarkan kepada bacaan Title 18 US Code, Faiz menjawab tindakan penyitaan sivil itu adalah tindakan pemulaan sebelum tindakan di bawah peruntukan undang-undang jenayah diambil.

“Fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Pernyataan Tuntutan tindakan civil forfeiture ini konsisten dengan fakta-fakta penyelewengan 1MDB yang didedahkan selama ini yang mengaitkan penglibatan dan faedah yang diterima PM Najib Razak,” jelasnya.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete