GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan beliau
tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal
adalah atas kepentingan dirinya.
Guan Eng berkata, beliau bimbang pentadbiran kerajaan negeri akan
terjejas sekiranya PRN tidak diadakan lebih awal berikutan merasakan
beliau akan dipenjarakan diatas dua pertuduhan rasuah.
Menurutnya, beliau amat menitikberatkan kepentingan rakyat dan mahu
menyerahkan kepada rakyat dalam memberi mandat baharu bagi memimpin
Pulau Pinang.
"PRN bukan untuk selamatkan Lim Guan Eng. Saya tahu saya akan dipenjara
oleh BN dan Umno melalui konspirasi jahat mereka. Saya tahu, semua
pihak pun sedar perkara ini. Apa yang kita mahu, selamatkan rakyat,
Malaysia dan juga Pulau Pinang.
[ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Biar rakyat buat keputusan]
"Rakyat, negara dan negeri ini masih boleh diselamatkan tetapi Lim Guan
Eng tidak boleh diselamatkan lagi. Sebarang kemungkinan akan berlaku
dan sekiranya saya dipenjarakan, kerajaan negeri tetap milik rakyat
Pulau Pinang.
"Walaupun kerajaan negeri dan parti percaya saya tidak bersalah, tetapi
kami bersedia menyerahkannya kepada rakyat. Sebab itu kita mahu ikut
saluran demokrasi bagi memberi laluan kepada rakyat sama ada sokong
semula kerajaan negeri Pakatan Harapan yang dipimpin oleh saya dengan
mengadakan PRN. Kita mencari mandat baharu supaya kesahihan, perundangan
dan kredibiliti tidak terjejas," katanya kepada media, hari ini.
Guan Eng berkata, PRN adalah langkah untuk menentukan sokongan rakyat
terhadap dirinya dan Pakatan Harapan selepas dirinya diheret dalam
konspirasi BN dan Umno.
"Saya ingin mencabar Perdana Menteri. Jika benar beliau tidak salah,
jalankan pilihan raya umum bagi mencari mandat baharu untuk memerintah
negara. Beri laluan kepada rakyat buat keputusan.
"Tiada pendakwaan ke atas saya tetapi mereka mampu bawa saya ke
mahkamah. Saya didakwa kerana membeli rumah, bukannya makan wang rakyat
sedangkan bapa segala rasuah tidak pula didakwa," katanya.
Sebelum ini, Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan salah guna kuasa
dalam pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 daerah Barat Daya
kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Beliau turut dituduh mendapatkan balasan dalam bentuk rumah banglo
bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang dijual kepadanya di bawah
harga pasaran.
Rancangan PRN yang akan diadakan lebih awal itu dikatakan tidak direstui sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah
No comments:
Post a Comment