27/7/16
Setiausaha Biro Integriti, Antirasuah dan Salah Guna Kuasa
PERKASA,
Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata Pemuda Umno sepatutnya mendesak
kerajaan AS mendedahkan siapa sebenarnya individu di sebalik rujukan
Malaysian Official 1 (MO1) dalam dokumen pihak berkuasa negara itu
berhubung tindakan saman sivil ke atas 1MDB.
Katanya, nama MO1 disebut sebanyak 36 kali dalam dokumen mahkamah Jabatan Kehakiman (DOJ) AS setebal 136 muka surat itu.
"Tindakan
(membuat laporan polis) tersebut dilihat seolah-olah suatu bentuk
ugutan atau cuba menutup mulut pihak yang pernah terlibat dalam siasatan
skandal 1MDB, atau tindakan balas dendam akibat mendedahkan kebenaran,"
katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mengunjungi Balai
Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan ke atas Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Tan Sri Abdul Gani
Patail.
Menurut Khairul Azwan mereka bersekongkol untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin negara ini.
Zeti adalah bekas gabenor Bank Negara dan Abu Kassim bakal menamatkan
khidmatnya secara rasmi sebagai ketua persurujaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) mulai 1 Ogos ini. Abdul Gani pula
bekas peguam negara.
Siapa beri arahan
Ketiga-tiga mereka adalah antara tokoh yang terlibat dalam siasatan
syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB, yang didakwa melakukan
penyelewengan dana awam.
Pada 20 Julai lalu pula DOJ AS mengemukakan saman sivil di negara itu
bagi menyita pelbagai aset didakwa mereka diperoleh melalui wang 1MDB
yang disalah guna.
Beberapa nama dipetik dalam dokumen itu termasuk anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz. Rosmah adalah isteri Najib.
Dokumen itu juga mengandungi seorang lagi individu yang tidak dinamakan, iaitu "Malaysian Official 1".
Kata Muhammad Faiz PERKASA menganggap tindakan Pemuda Umno semalam sebagai "biadab dan kurang ajar".
Beliau yang juga ahli Dewan Tertinggi PERKASA berkata umum mengetahui
Zeti, Abu Kassim dan Abdul Gani merupakan tokoh yang amat dihormati,
malah ada antara mereka pernah mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa.
"Dan yang paling penting sekali, ketiga-tiga tokoh tersebutlah antara
penjawat awam terawal yang secara langsung terlibat dalam menyiasat
skandal 1MDB mewakili agensi masing-masing," katanya.
Justeru, kata Muhammad Faiz, biro itu tertanya-tanya sama ada tindakan Khairul Azwan semalam dibuat atas arahan pihak tertentu.
Katanya, laporan polis itu juga dibuat pada waktu yang "mencurigakan" serta tiada maklumat lanjut diterangkan Pemuda Umno.
"Sepatutnya Pergerakan Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan rasmi dan
mengadakan sidang media terhadap tindakan laporan polis tersebut kerana
ia bukannya suatu tindakan remeh atas nama Pemuda UMNO.
Tindakan tersebut seolah-olah dilihat sebagai satu bentuk ugutan atau
cuba menutup mulut pihak yang pernah terlibat dalam menyiasat skandal
1MDB, atau pun berupa tindakan balas dendam akibat mendedahkan
kebenaran," katanya
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment