Wednesday, July 27, 2016

Selepas 1MDB, Singapura mahu malukan bank engkar

 | July 26, 2016
Singapura menganggap mengumumkan identiti bank yang bersalah lebih berkesan daripada mengenakan denda.
Monetary Authority of Singapore
SINGAPURA: Singapura semalam berjanji akan menama dan memalukan mana-mana bank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang, selepas skandal melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB memberi kesan terhadap imej negara itu sebagai sebuah pusat kewangan.

Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Ravi Menon berkata ia tidak akan sekali-kali menerima kesalahan melibatkan pengubahan wang seperti yang dibongkar dalam siasatan sepanjang 15 bulan ke atas akaun berkait 1MDB.

“Sudah tentu pendedahan kebelakangan ini memberi kesan terhadap reputasi kami sebagai sebuah pusat kewangan yang bersih dan diyakini,” katanya.
Katanya, pengawal selia antarabangsa tidak tahu aliran wang melibatkan 1MDB adalah tidak sah, dan berkata ia mula disedari pada 2014, empat tahun selepas transaksi paling awal.

MAS memulakan siasatan pada 2015, kata Ravi, yang enggan memberi butir lanjut dengan alasan siasatan masih diteruskan.
MAS, yang berperanan mengawal selia sektor kewangan Singapura dan berfungsi sebagai bank pusat negara itu, akan mengetatkan penguatkuasaan.

Ravi berkata pada masa lampau kesalahan kewangan dirahsiakan, tetapi kini MAS mahu mengumumkan identiti pesalah terutama yang berkait pengubahan wang dan keganasan.
“Kami mengambil jalan lain kerana bagi saya, menamakan dan memalukan mereka lebih berkesan daripada denda.”
MAS baru-baru ini mendedahkan merampas aset sejumlah AS$180 dalam sisatan terhadap 1MDB.

Separuh daripadanya dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu menyita wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB berjumlah AS$1 bilion.

Mei lalu, Singapura menutup cawangan BSI Bank selepas salah laku berkait 1MDB.

No comments:

Post a Comment