Tuesday, July 26, 2016

Seorang lelaki terkejut mendiang isterinya muncul di Acara TV

26/7/16

Acara Al Mokhtafoun di Maroko. (Foto: Independent)
Acara Al Mokhtafoun di Maroko. (Foto: Independent)

CASABLANCA – Abragh Mohamed terkejut bukan kepalang ketika mendengar isterinya yang dia kuburkan dua tahun lalu, muncul di suatu acara televisyen bertajuk Al Mokhtafoun (Orang Hilang). Seorang wanita dengan nama sama persis dengan isterinya menelefon ke program TV tersebut dan meninggalkan alamatnya, supaya suaminya boleh menjemput dia pulang.

Wanita itu mengatakan, mereka sudah kehilangan hubungan selama dua tahun. Dia berharap yang keluarganya menyaksikan tayangan itu, boleh mencari dia di Azila, sebuah desa pergunungan di Moroko.

Diwartakan Independent, Selasa (26/7/2016), Mohamed sebenarnya tidak menonton acara itu ketika isterinya menjadi peserta. Akan tetapi, seorang temannya menonton dan segera memberitahu  dia detik itu juga.

Menengok ke belakang, Mohamed ingat betul hari itu dia mendapat khabar bahawa isterinya mengalami kecelakaan kereta. Dia terluka parah dan dikejarkan ke Rumah Sakit Ibn Rochd di Casablanca. Doktor mengatakan bahawa isterinya tipis kemungkinan dapat bertahan hidup.

Meski begitu, pihak keluarga korban tetap diharuskan membayar sejumlah wang. Mohamed pun menempuh perjalanan selama empat jam, balik ke kampung halamannya di desa pergunungan terpencil untuk menebus pengubatan isterinya. Yang pada saat ia datang, dinyatakan telah meninggal dunia.

“Saya harus menerima jasadnya, sudah terbungkus kain kafan dan dikemas dalam keranda,” tutur lelaki yang menguburkan isterinya pada 2014 tersebut.
Namun keajaiban pun terjadi. Dua tahun kemudian, sekira Mac 2016, Mohamed menerima khabar itu. Isterinya masih hidup.

“Saya tidak tahu kalau kami menerima jasad yang berbeda. Kami menguburkan dia, dan isteri saya ternyata masih hidup,” ujarnya.
Tidak diketahui bagaimana kelanjutan kisah ini. Namun banyak warganet bertanya-tanya, ke mana saja dia selama dua tahun. Mengapa baru mencari keluarganya lagi sekarang?

Usut punya usut, rupanya isteri Mohamed kehilangan ingatannya akibat kecelakaan dua tahun silam. Ia tidak mengingat nama maupun mengenali dirinya dan asalnya. Tapi, segera setelah ingatannya kembali, dia segera mencari suaminya.
Sumber: Okezone.com

No comments:

Post a Comment