Ini diikuti berkenalan di Facebook sebanyak 35 kes, WhatApps enam kes manakala selebihnya BeeTalk.
KUALA LUMPUR: Aplikasi ‘WeChat’ antara aplikasi sosial yang paling
kerap digunakan oleh pelaku pedofilia untuk mencari mangsa pada 2015,
berbanding laman media sosial lain.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan
Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Ong Chin Lan
berkata dalam tempoh itu, sebanyak 138 daripada 184 kes kanak-kanak
mengenali pelaku pedofilia di seluruh negara melalui aplikasi WeChat.
“Ini diikuti berkenalan di Facebook sebanyak 35 kes, WhatApps enam
kes manakala selebihnya BeeTalk,” katanya dalam sidang media di Bukit
Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata aplikasi berkenaan memudahkan kanak-kanak di bawah
umur untuk menggunakannya mencari kenalan tanpa sebarang tapisan serta
tidak perlu ‘jemputan’ daripada luar.
Apabila mereka menggunakan aplikasi ini tanpa sebarang kawalan orang
dewasa (mereka) akan mudah dieksploitasi secara negatif oleh pelaku
pedofilia.
“Melalui WeChat pelaku pedofilia boleh mencari orang berdekatan,
menapis berdasarkan jantina dan kemudian menghantar mesej kepada
seberapa ramai kanak-kanak yang boleh,” kata Ong.
Katanya apabila kanak-kanak mula memasuki media sosial mereka akan
terdedah dengan individu yang tidak dikenali seperti pelaku pedofilia
yang kemudiannya mula ‘menawan’ mereka menggunakan ayat-ayat manis bagi
mendapatkan
kepercayaan kanak-kanak itu.
kepercayaan kanak-kanak itu.
“Susulan itu, selepas berkenalan dengan pelaku, mangsa kemudiannya akan dibawa keluar berjalan sebelum dirogol.
Mereka (pelaku pedofilia) menyasarkan kanak-kanak berumur lingkungan
di antara 12 hingga 15 tahun untuk menjadi mangsa kegiatan yang tidak
bermoral itu kerana dalam usia begini, mereka dilihat seperi baru
mendapat kebebasan
daripada kawalan ibu bapa,” katanya.
daripada kawalan ibu bapa,” katanya.
Menurut Ong, pelaku pedofilia dikelaskan dalam tiga kategori iaitu
meminati kanak-kanak lelaki, meminati kanak-kanak perempuan dan menyukai
kedua-dua jantina.
“Saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak di bawah
umur agar memantau tingkah laku anak mereka ketika melayari internet
supaya tidak mudah berkenalan dengan orang asing di media sosial.
“Mereka (kanak-kanak bawah umur) perlu diberi perhatian dan diberi
didikan agama bagi mengelakkan mereka ini menjadi mangsa kepada pelaku
pedofilia,” katanya.
No comments:
Post a Comment