Monday, August 1, 2016

60,000 penagih dadah serah diri

Sinar Harian
ugut
Kira-kira 60,000 orang penagih ditahan selepas Duterter mengeluarkan ancaman bunuh. - Foto EPA
FILIPINA - MANILA. Kira-kira seramai 60,000 orang penagih dadah di Filipina telah menyerahkan diri kepada kerajaan selepas Presidennya, Rodrigo Duterte memberi ugutan untuk membunuh pengedar dan penagih dadah di negara berkenaan.

Duterte yang diberi gelaran sebagai ‘The Punisher’ telah memenangi pilihan raya pada Mei lalu dan beliau berjanji akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras di atas semua kesalahan penyalahgunaan dadah.

"Keturunan ini telah memusnahkan anak-anak kita. Saya memberi amaran kepada anda semua agar jangan terlibat dalam penyalahgunaan dadah walaupun anda merupakan seorang anggota polis kerana saya benar-benar akan membunuh anda,” kata Duterte dalam ucapannya di ibu negara berkenaan.

Presiden Komunikasi Pejabat Setiausaha, Martin Andanar berkata, hampir 60,000 orang penagih telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak kempen terhadap dadah dipergiatkan di bawah pentadbiran Duterte.

Selain daripada itu, polis turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membunuh lebih daripada 110 orang suspek sejak Duterte berkuasa manakala laporan berita tempatan menunjukkan bahawa angka berkenaan adalah sekitar 200 orang.

Menurut laporan tempatan, sekurang-kurangnya 43,000 orang pengedar dadah telah diadili dan 300 kilogram syabu juga berjaya dirampas.
Difahamkan, Duterte turut memberi amaran berhubung pertumpahan darah yang akan berlaku secara meluas sebagai sebahagian daripada perang kerajaan terhadap pengedaran dadah di negara berkenaan.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, semasa kempen pilihan raya yang lalu, Duterte turut berikrar bahawa sekitar 100,000 orang penagih bakal mati dan mayat mereka akan dibuang di Manila Bay untuk dijadikan makanan kepada ikan.

Selain itu, Duterte turut memberi jaminan kepada polis untuk melindungi mereka daripada ugutan oleh pengedar dadah di negara tersebut.- Daily Mail

No comments:

Post a Comment