Ini disebabkan tuduhan PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri oleh Sarawak Report amat berat
PETALING JAYA : Amanah bersedia menawarkan pertolongan kepada PAS
sekiranya parti Islam itu memerlukan bantuan guaman untuk menyaman laman
web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana
tuduhan Sarawak Report terhadap PAS amat berat dan wajar diambil
tindakan.
“Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.
“Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk
menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia
membantu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, PAS bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap
laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta
daripada Najib.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berita itu
palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti
itu dengan Umno.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin
berpendapat adalah menajdi tanggungjawab PAS untuk membersihkan nama
parti itu dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
Beliau juga berharap tindakan undang-undang seperti ini dapat menjadi
pengajaran kepada pihak lain tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan
tidak berasas.
“Maknanya sebarang tuntutan harus berasas. Jangan sekadar sebut RM90
juta tetapi tidak menunjukkan transaksinya, siapa yang dapat dan
sebagainya. Mana-mana pihak berhak menyaman atas tuduhan seperti itu,”
katanya.
Malah beliau juga mengakui mustahil sesebuah parti menerima wang sebanyak RM90 juta kecuali parti itu adalah Umno.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
ReplyDelete