Tuesday, August 9, 2016

Amanah: Kami sedia bantu PAS saman Sarawak Report

 FMT| August 9, 2016
Ini disebabkan tuduhan PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri oleh Sarawak Report amat berat
Dr Mujahid Yusof Rawa
PETALING JAYA : Amanah bersedia menawarkan pertolongan kepada PAS sekiranya parti Islam itu memerlukan bantuan guaman untuk menyaman laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana tuduhan Sarawak Report terhadap PAS amat berat dan wajar diambil tindakan.
“Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.

“Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia membantu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, PAS bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berita itu palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti itu dengan Umno.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat adalah menajdi tanggungjawab PAS untuk membersihkan nama parti itu dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
Beliau juga berharap tindakan undang-undang seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tidak berasas.

“Maknanya sebarang tuntutan harus berasas. Jangan sekadar sebut RM90 juta tetapi tidak menunjukkan transaksinya, siapa yang dapat dan sebagainya. Mana-mana pihak berhak menyaman atas tuduhan seperti itu,” katanya.

Malah beliau juga mengakui mustahil sesebuah parti menerima wang sebanyak RM90 juta kecuali parti itu adalah Umno.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete