Wednesday, August 17, 2016

Azizulhasni luah rasa kecewa di Facebook

Azizulhasni
Azizulhasni Awang
DI sebalik kejayaan pelumba basikal elit negara meraih pingat gangsa menerusi acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Rio semalam, Azizulhasni Awang tampil meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini.

Menerusi catatan di laman sosial Facebooknya hari ini, Azizulhasni dilihat memanjangkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu walaupun dakwanya dia dan pelumba basikal wanita negara, Fatehah Mustapa tidak mendapat maklum balas yang positif berhubung permintaan tajaan membeli basikal untuk persiapan ke Rio daripada kerajaan negeri.

“Mungkin ini adalah faktor kami berlatih di luar negara.
“Diharap Datuk Menteri Besar dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif. Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh,” katanya.
Selain daripada itu, Azizulhasni turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya bersama rakan sepasukan.

Ujar Azizulhasni, jurulatihnya, John Beasley banyak membantu dalam kejayaannya malah beliau juga seperti bapa kepada semua atlet lumba basikal yang berlatih di Melbourne.

No comments:

Post a Comment