Tuntutan saman DoJ berkait dengan tuduhan jenayah
dihadapi Khairuddin dan kenyataan peguam negara “tiada pendakwaan
jenayah” mengenai derma RM2.6 bilion, SRC International and 1MDB.
KUALA LUMPUR: Bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan memasukkan tuntutan saman dikemukakan Jabatan Kehakiman
(DoJ) Amerika Syarikat terhadap sesetengah individu dalam afidavit
lanjutan, dalam usaha mencabar keputusan peguam negara baru-baru ini.
“Kami memfailkan afidavit lanjutannya untuk mendapatkan kebenaran
membuat permohonan, dan memasukkan 136 muka surat saman AS berkenaan,”
kata peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin.
“Ia juga ada kaitan dengan kenyataan ‘tiada pendakwaan jenayah’
peguam negara terhadap derma RM2.6 bilion, SRC International dan 1MDB,”
katanya.
Khairuddin dan peguam Matthias Chang didakwa atas pertuduhan “mensabotaj” perbankan dan perkhidmatan kewangan Malaysia.
Pertuduhan dikenakan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana mensabotaj, dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta yang sama.
Mereka dikatakan melakukan “tindakan” itu di beberapa negara termasuk
Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura antara 28 Jun
hingga 26 Ogos tahun lalu.
Pada 18 November 2015, Mahkamah Tinggi memutuskan pendakwaan cubaan
mensabotaj tidak termasuk dalam lingkungan kesalahan Akta Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). Mereka dibebaskan dengan ikat jamin
sehingga selesai permohonan rayuan pihak pendakwa.
DoJ memfailkan saman itu di mahkamah di California, memohon untuk
menyita dan mendapatkan semula lebih AS$3.5 bilion (RM14.27 bilion)
dalam bentuk aset yang dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa
penyelewengan dana daripada 1MDB.
Peguam negara AS dilaporkan sebagai berkata kesalahan itu dilakukan
dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan ramai individu. Mereka
termasuk pegawai Malaysia dan sekutu mereka, yang dikatakan
berkonspirasi untuk secara salah mengalihkan berbilion dolar dari 1MDB.
Anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz
yang juga seorang penerbit filem, ahli perniagaan Low Taek Jho dan
pegawai dari Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy
Al-Husseiny dinamakan dalam saman DoJ.
Saman itu menyatakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB
dipindahkan kepada pengasas bersama Petrosaudi, yang ada kerjasama
dengan 1MDB, dan kemudiannya ke pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan
Malaysia.
Dalam perkara berasingan, Haniff berkata Mahkamah Tinggi akan
mendengar permohonan setiausaha akhbar kepada Najib, Datuk Tengku
Sarifuddin Tengku Ahmad untuk membatalkan saman bekas menteri besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 11 Oktober.
“Tengku Sarifuddin mahu membatalkan tuntutan saman itu. Katanya ia
tidak mempunyai sebarang kausa tindakan munasabah, mengaibkan, remeh dan
penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.
Mukhriz menyaman Sarifuddin susulan empat kenyataan media yang dibuat setiausaha akhbar itu
No comments:
Post a Comment