19/8/16
KARACHI – Pembunuhan atas nama kehormatan
kembali terjadi di Pakistan. Kali ini kes mengerikan itu datang dari
Karachi. Seorang suami membunuh isterinya dua kali kerana
selingkuh.
Lelaki berusia 50 tahun dimasukkan ke penjara, setelah membunuh isteri
keduanya. Insiden itu terjadi tepat pada peringatan 15 tahun pembunuhan
isteri pertamanya yang sudah memberikannya tiga anak.
“Isteri saya memiliki hubungan gelap dengan lelaki lain. (Jadi) saya
tidak malu dengan perbuatan saya. Dia sudah diperingati berulang kali,
tetapi tidak paham juga. Saya bahkan memperingatkan sekali lagi, malam
sebelum saya membunuhnya,” kata lelaki yang menduda dua kali itu, seperti
disitat dari Independent, Khamis (18/8/2016).
Isteri keduanya yang berusia 30 tahun berteriak kuat ketika suaminya
hendak mengkelar lehernya. Mendengar teriakan tersebut, warga sekitar pun
berlari keluar rumah. Setelah mengatahui apa yang terjadi, mereka
memukul si suami yang kejam itu sebelum dia ditahan polis .
Inspektur Taj Muhammad Wasan menuturkan, lelaki ini sebelumnya juga
pernah dipenjara kerana kes serupa. “Dia membunuh isteri pertamanya
yang merupakan anak perempuan bapa saudaranya, dari garis keturunan ibunya.
Kali ini dia memberikan alasan membunuh yang sama,” jelas polis
tersebut.
Amnesty International, lembaga nirlaba yang berfokus pada isu HAM,
sebulan yang lalu telah meminta Pemerintah Pakistan untuk menghapuskan
kekebalan hukum bagi mereka yang menghabisi nyawa orang lain demi
menjaga kehormatan keluarga. Hukum di Pakistan selayaknya diubah dan
sanksi pembunuhan kerana alasan tersebut diberatkan. Jangan dengan
mudah, pelakunya boleh mendapat maaf.
Tercatat, hampir 1,100 perempuan di Pakistan dibunuh oleh keluarganya
sendiri dalam setahun terakhir. Alasannya diyakini sama, yakni demi
menjaga kehormatan keluarga. Beberapa dari mereka meninggal kerana dibakar, setelah memilih kahwin lari dengan pasangan yang tidak direstui keluarganya.
Okezone
No comments:
Post a Comment