Sunday, August 14, 2016

Malang nasibnya. Tunggu kelahiran anak, tiba-tiba dia dibedah untuk penyakit yang tidak dia hidapi

14/8/16

Ilustrasi. (Foto: Reuters)
Ilustrasi. (Foto: Reuters)

SHENYANG - Seorang lelaki yang sedang menantikan kelahiran anak pertamanya di sebuah rumah sakit secara tidak terduga, dibedah  untuk penyakit  buasir yang tidak dideritanya.

Lelaki itu (bernama Wang)  sedang berdiri di luar kamar di sebuah rumah sakit di Shenyang, China ketika doktor tiba-tiba membawanya ke dalam dan mengatakan sesuatu yang tidak dia dengar sepenuhnya. Lelaki berusia 29 tahun itu mengira dia akan diminta membantu persalinan isterinya, namun ternyata dia diminta untuk menurunkan seluarnya dan berbaring di meja pembedahan.

“ Mungkin saya hanya tahu terlalu sedikit, dan saya takut ditertawakan kerana kebodohan saya jika bertanya lebih banyak lagi,” kata Wang sebagaimana dilansir dari Metro, Ahad, (14/8/2016).

Doktor kemudian memberikan ubat bius pada Wang dan kemudian mencuba membedah buasir yang dia tidak tahu dia miliki. Sementara semua proses itu berlangsung,   isterinya selamat melahirkan seorang bayi yang sehat melalui operasi sesarian.

Sebagai permintaan maaf atas kejadian tidak menyenangkan itu, rumah sakit menawarkan ganti rugi sebanyak USD500  . Akan tetapi Wang masih ingin berkonsultasi dengan peguam dan kemungkinan mengajukan tuntutan pada rumah sakit.

No comments:

Post a Comment