SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui
penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa
Memali.
Ujar Tun Musa seperti yang dipetik menerusi laporan portal berita
Awani.com, beliau dipersalahkan dan dijadikan individu yang
bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.
Katanya, peristiwa Memali adalah isu paling kontroversi dalam
perjalanan politik beliau kerana beliau dikaitkan dengan gelaran
pembunuh.
"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?
"Pembangkang menyalahkan Umno dan saya sebagai individu yang
bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam Umno, apabila situasi ini
berlaku, mereka meninggalkan saya.
"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam'
daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan
bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam tadi.
Musa juga mendakwa tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.
Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan
bagaimana beliau menangani krisis tersebut dalam bukunya 'Frankly
Speaking'.
No comments:
Post a Comment