Tuesday, August 16, 2016

Permit 90 kakitangan Petronas bukan rakyat Sarawak dibekukan

Malaysiakini 15/8/16
 
Kerajaan negeri Sarawak membekukan 90 permohonan permit kerja baru kakitangan Petronas yang bukan rakyat Sarawak, sejak moratorium itu dilaksanakan pada 7 Ogos lalu.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, yang dipetik The Borneo Post, moratorium itu hanya akan ditarik balik selepas kerajaan negeri mencapai konsensus adil dalam perbincangannya dengan Petronas berhubung peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak.

"Mari kita bersama dapatkan semula hak rakyat Sarawak yang telah terhakis.
"Kita yakin hasil usaha ini dapat dilihat dalam masa terdekat, di mana rakyat Sarawak dapat menikmati manfaat dengan menyertai Petronas," katanya pada sebuah majlis Persatuan Orang Ulu, Ahad lalu.

Uggah, yang mengumumkan moratorium berkenaan awal bulan ini, sebelum ini berkata, kerajaan negeri telah meminta laporan terperinci daripada Petronas mengenai penyertaan rakyat Sarawak dalam operasi syarikat minyak di negeri itu.
Langkah itu berikutan aduan bahawa rakyat Sarawak terus dihentikan kerja daripada Petronas walaupun penyertaan penduduk tempatan dilaporkan sudah begitu rendah.

Badan pemikir negeri, Kumpulan Petroleum Suarah Sarawak (SPG) mendakwa hanya 39 peratus daripada jawatan pengurusan dan 46 peratus jawatan eksekutif dalam operasi Petronas Sarawak diisi oleh rakyat Sarawak

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete