15/8/16
Merdeka.com - Menteri Pendidikan Tinggi Sweden, Aida
Hadzialic, ditangkap polis minggu lalu kerana memandu dalam keadaan
mabuk. Kes itu kemudian diekspose besar-besaran oleh media massa
setempat. Menteri wanita termuda dalam sejarah Sweden ini lantas
memutuskan undur dari jawatannya.
BBC melaporkan, 15/8/16, Aida mengakui skandal mabuk ketika memandu ini menconteng reputasi peribadinya, sekaligus membuat malu
Parti Sosial Demokrat yang menguasai pemerintahan. "Saya memilih undur
kerana kesalahan saya sangat serius," ujarnya.
Aida ketika ini baru berusia 29 tahun. Wanita imigran asal Bosnia
Herzegovina ini mulai menjawat jawatan menteri pada 2014. Dia datang bersama keluarganya
untuk menetap di Sweden ketika masih berusia 5 tahun.
Polis menangkap Aida kerana memandu serampangan di Jambatan
Oresund, Kota Malmo, dekat perbatasan Denmark. Dari pemeriksaan polis,
ternyata kadar alkohol di tubuh Aida di atas 0.2 gram. Kes ini
menunggu pelimpahan berkas dari polis ke mahkamah. Jika dinyatakan
bersalah, maka Aida terancam hukuman enam bulan penjara.
Dalam sidang media akhir minggu lalu, Aida mengaku minum beberapa
gelas wain ketika menghadiri jamuan makan di Denmark. Dia memutuskan
memandu kereta sendiri melintasi perbatasan kedua negara, mengira
kadar alkohol akan turun sepanjang perjalanan
No comments:
Post a Comment