Malaysiakini 22/8/16
Sebahagian ulama di negara ini dilihat lebih gemar menghukum dan
melabel pihak tidak sealiran dengan mereka namun tidak bersuara terhadap
kemelut rasuah yang berlaku terutamanya membabitkan 1MDB.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata rakyat di
negara ini sebenarnya menantikan ulama untuk mengetuai gerakan menentang
rasuah terutama melibatkan pimpinan negara.
Masalahnya, kata Mohamad, di negara ini 'kaya' dengan ulama yang
gemar melabel pihak tidak sependapat dengan mereka dengan pelbagai
gelaran, termasuk munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan perkataan
jelek lain.
“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti
Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.
“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.
"Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum
seperti sekarang ini,” kata Mohamad dalam kenyataannya hari ini.
Isu 1MDB pernah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk di parlimen, bermula dengan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment