Friday, August 19, 2016

Sanjeevan jangka akan didakwa lagi, kali ini AMLA

 FMT| August 18, 2016
"Jika itu harga yang perlu saya bayar, saya akan bayarnya," kata Pengerusi MyWatch itu.
VIDEO  INSIDE
sanjeevan-amla
PUTRAJAYA: Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini mendedahkan dirinya turut disiasat untuk kesalahan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), selain pendakwaan pemerasan yang dihadapinya sekarang.

“Mereka (polis) beku akaun peribadi dan akaun syarikat saya. Saya terima panggilan daripada Bukit Aman pagi tadi, meminta saya beri keterangan untuk dirakam Isnin depan.
“Saya jangka akan didakwa di bawah AMLA tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita seusai membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menggesa siasatan keatas sebuah akademi menembak yang dikaitkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, abang pegawai tertinggi polis itu salah seorang daripada empat pengarah di akademi tersebut.

Sanjeevan turun naik mahkamah berulang kali atas dakwaan pemerasan. Mendakwa polis mahu kenakannya, pemantau jenayah itu menjangkakan lebih banyak pendakwaan akan dibuat terhadapnya.
“Jika itu harga yang perlu saya bayar, saya akan bayarnya.”
“Orang kata saya buat pendedahan berkaitan pasukan polis kerana saya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap saya, sedangkan saya mendedahkan perbuatan orang sejak 2012, 2013 lagi.

“Saya juga baru terima bukti video yang menunjukkan kemungkinan rasuah dan salahguna kuasa dalam pasukan polis untuk mendapatkan kuasa. Saya harap dapat dedahkan bukti yang bagus itu minggu depan,” katanya.
Sanjeevan mula ditahan pada 22 Jun, kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

Media melaporkan aktivis 32 tahun yang menetap di Kajang itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja menerima wang perlindungan RM25,000 daripada seorang pengadu, seorang pengusaha judi 4 angka haram berusia 38 tahun.
Sejak tangkapan itu, beberapa laporan polis dibuat terhadap Sanjeevan oleh mereka yang mendakwa diperas, kata Khalid sebelum ini.

No comments:

Post a Comment