15/8/16
CHINA – Tak terima diputus kekasihnya, seorang lelaki asal Jiangshan, China menggigit telinga kekasihnya hingga hampir putus.
Akibat kejadian tersebut, mangsa yang bekerja sebagai guru ini dikejarkan ke rumah sakit untuk mendapat rawatan perubatan.
Pasangan ini dilaporkan telah berhubungan sekira selama dua bulan.
Usai mendengar kata putus, lelaki yang diketahui berusia 20 tahun tersebut
segera bergegas menuju sekolah tempat si wanita mengajar.
Sesaat setelah tiba, sebuah kenyataan pahit harus diterimanya. Sang wanita mengaku bahawa dirinya sudah punya kekasih lain.
Terjadi pertengkaran di antara mereka. Secara tiba-tiba, si lelaki terus menggigit telinga wanita itu hingga hampir putus. Guru lain yang
melihat kejadian itu terus mendekati mereka untuk melerai keributan.
Dengan kondisi bersimbah darah, mangsa langsung dilarikan ke rumah
sakit untuk mendapatkan rawatan perubatan. Polis yang tiba di tempat
kejadian juga menahan lelaki tersebut.
No comments:
Post a Comment