Tiada istilah PKR bersikap 'demanding' sekiranya pilihan raya awal dilakukan di Pulau Pinang
SHAH
ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaku
terkejut dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
membatalkan cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri (PRN) di negeri
itu.
Menafikan PKR menjadi punca pilihan raya mengejut di Pulau Pinang
dibatalkan Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata pembatalan yang
dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng demi menjaga
kebaikan rakyat negeri itu.
“Huh (reaksi terkejut), sebenarnya benda ini sudah selesai. Kami akan
teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah dilakukan
Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng).
“Perhubungan dalam Pakatan Harapan akan terus dihargai termasuk pada
masa-masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai sekarang,”
katanya kepada pemberita di Bangunan Annex SUK Selangor.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini mengumumkan tidak
akan meneruskan rancangan itu kerana tidak mendapat persetujuan
daripada PKR.
Menurut Guan Eng, keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pemimpin
tertinggi PKR yang meluahkan kerisauan kehilangan banyak kerusi jika ia
diteruskan.
Isu tersebut berlarutan ekoran ketegasan PKR untuk tidak bersetuju
dengan cadangan tersebut, sehingga mencetuskan pertikaman lidah secara
terbuka antara pemimpin kedua-dua parti itu.
Mengulas lanjut, Wan Azizah turut menafikan PKR bersikap ‘demanding’ (menuntut) sekiranya PRN dibuat di Pulau Pinang.
Katanya, pembatalan pilihan raya awal itu membuktikan pembangkang mempunyai pendirian tetap yang mantap.
“Tiada demand dalam hal ini (merengangkan hubungan PRK dan DAP). Ia
menunjukkan kami berpendirian tetap yang mantap serta mengambil kira
antara parti-parti yang bersama,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng dilapor membatalkan hasrat mengedakan PRN
mengejut selepas PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut ekoran
bimbang PKR bahawa pihaknya akan kehilangan lebih banyak kerusi
berbanding DAP sekiranya PRN diadakan.
No comments:
Post a Comment