Friday, September 30, 2016

Balas dendam kematian keluarganya, wanita ini penggal dan rebus kepala pelakunya

30/9/16


 
Facebook/Independent- Wahida Mohamed al-Jumaily (39), berfoto bersama anggota milisinya yang ikut bertempur bersama militer Irak dalam usaha merebut kota Mosul yang masih dikuasai ISIS.

BAGHDAD   - Seorang wanita Irak  mendakwa sebagai salah seorang yang paling ditakuti ISIS dan kerap mendapat ancaman pembunuhan dari kelompok itu.

Wahida Mohamed Al-Jumaily (39) mengatakan, dia pernah memenggal beberapa anggota ISIS dan memasak kepala orang itu sebagai bentuk pembalasan setelah ISIS membunuh seluruh anggota keluarganya.

ISIS membunuh suami kedua Wahida awal tahun ini. Kelompok itu juga telah membunuh ayah dan tiga saudara laki-laki Wahida.

Lebih akrab dikenal dengan nama Um Hanadi, wanita ini memimpin milisi beranggotakan 70 orang yang ikut bertempur membebaskan kota Shirqat yang berjarak 80 kilometer dari basis terkuat ISIS di Irak, Mosul.

"Saya memerangi mereka, saya memenggal mereka, saya memasak kepala mereka dan saya membakar jasad mereka," kata Wahida kepada CNN.

Pemimpin milisi yang menggambarkan dirinya sebagai seorang  suri rumah tangga ini, telah memublikasikan beberapa foto di Facebook yang memperlihatkan dirinya membawa potongan kepala seorang anggota ISIS.

Foto lain bahkan memperlihatkan adegan yang lebih sadis, yaitu Wahida sedang memasak dua kepala anggota ISIS di dalam sebuah periuk.

Sementara foto ketiga memperlihatkan Wahida berdiri di antara beberapa jasad tanpa kepala yang sudah hangus terbakar.

Wahida mengatakan, dia sudah berulang kali menerima ancaman kematian dari para anggota hingga pegawai tinggi ISIS.

"Bahkan termasuk dari Abu Bakr al-Baghdadi. Saya ada di daftar teratas sasaran pembunuhan mereka, lebih tinggi dibanding perdana menteri," ujar Wahida.

"Enam kali ISIS mencuba membunuh saya. Kepala dan kaki saya pernah terkena serpihan peledak, tulang rusuk saya patah, tapi semuanya tak dapat menghentikan saya untuk terus bertempur," tambah dia sambil mengangkat hijab untuk memperlihatkan bekas luka di kepalanya.

Wahida mulai memerangi kelompok militan pada 2004 bekerja sama dengan pasukan Irak dan koalisi dalam perang melawan Al Qaeda dan kemudian ISIS.

Tidak lama dulu dia memimpin milisinya membantu pasukan pemerintah Irak untuk mengusir ISIS dari kota Shirqat. Keterlibatan Wahida dan milisinya diakui Jenderal Jamaa Anad, komandan pasukan Irak di wilayah Salahhuddin.

Kepada CNN, Jenderal Anad mengatakan, pihaknya menyediakan kenderaan dan persenjataan untuk milisi pimpinan Wahida.

"Dia kehilangan saudara-saudara dan kedua suaminya. Sehingga dipicu dendam dia membentuk milisinya sendiri," ujar Anad.
Sumber:KOMPAS.com

Panggil pemain balik, Tunku Ismail mahu ajar FAM

30/9/16
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'menyelar' tindakan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim yang memanggil pemain JDT II lebih awal ke kem latihan.
"Baru-baru ini kecoh apabila pemain JDT II dipanggil balik. Ini kerana saya mahu mengajar FAM agar mula mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh FIFA dan negara-negara bola sepak yang maju di luar negara.

"Mereka mahukan pemain berlatih lebih lama untuk lebih persiapan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Jika diletakkan pemain berlatih empat bulan dalam skuad kebangsaan sekali pun, mereka tetap akan bermain 'stail' itu juga," katanya dalam kenyataan di Facebook JDT, petang tadi.

Terdahulu, tiga pemain JDT II iaitu Darren Lok, Irfan Fazail dan Zaquan Adha Abd Radzak menyertai kem latihan skuad kebangsaan tiba-tiba diarahkan pulang oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pemilik JDT itu berkata, ia susulan kualiti dan tahap yang ada pada Kim Swee.

"Sekiranya ada jurulatih antarabangsa yang ada rekod dan kejayaan, saya boleh benarkan pemain saya pergi untuk berapa lama sekalipun kerana saya tahu mereka boleh belajar.

"Tetapi sekiranya dengan Datuk Ong Kim Swee, pemain saya tidak akan dapat belajar dengan lebih lagi kerana beliau bukannya dilantik berpandukan prestasi tetapi kerana sikap pilih kasih oleh exco-exco FAM dan berkongsi gaji," kata Tunku Ismail.
Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu kerana mengetahui pada tahun hadapan, khidmat Kim Swee tidak akan ada lagi.

"Pemain saya akan melapor diri empat hari sebelum perlawanan. Muktamad," tegasnya.

Ibu ini bunuh bayi perempuannya demi rawat anak lelakinya yang sakit

30/9/19

Ibu ini tega bunuh bayi putrinya demi rawat putranya yang sakit
ritu ahuja. ©Daily Mail
Ritu Ahuja, wanita 27 tahun asal India dihukum penjara seumur hidup lantaran membunuh bayi perempuannya yang berusia enam bulan demi merawat anak laki-lakinya yang sakit.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (29/9),   Mahkamah tinggi di Jabalpur memutuskan dia bersalah karena membunuh Arohi, dan membuang mayatnya di dekat sebuah kuil.

Dia ditangkap setelah rakaman kamera pengawas (CCTV) memperlihatkan Ritu membawa bayinya itu di dalam sebuah  beg lalu keluar rumah memandu kereta . kemudian kembali ke rumah tanpa membawa beg itu lagi.

Menurut the Times of India, dia membawa bayinya yang sedang tidur itu lalu menenggelamkannya di dalam kolam di sebuah jalan sepi.
 
Ahuja lalu mengatakan kepada polis , puteranya sering sakit dan dia tidak boleh merawatnya kerana bayi perempuannya itu menyita waktunya.

"Saya sudah kerepotan dengan anak usia dua tahun dan sekarang bayi ini membuat saya kewalahan," kata dia kepada polisi.

Dalam mahkamah juga diketahui Ahuja sempat menelepon polis  untuk melaporkan bayinya yang hilang ketika dia tinggal mandi. Dia lalu mengatakan bayinya diculik oleh sekelompok geng motor.

Tapi polis  kemudian menemukan mayat Arohi dan hasil uji DNA membuktikan Ahuja sebagai ibu si bayi. Dia kemudian ditangkap dan mengakui perbuatannya. 
sumber:Merdeka.com 

Majlis Peguam Amerika desak Putrajaya pertimbang pindaan LPA

 | September 30, 2016
Ia mendesak kerajaan bertemu dengan Majlis Peguam Malaysia bagi mendapatkan maklum balas dan memastikan kebebasan terhadap profesion undang-undang.
ABA-linda-klein
KUALA LUMPUR: Persatuan Majlis Peguam Amerika menulis surat kepada perdana menteri Malaysia menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan melantik 2 calon kerajaan dalam Majlis Peguam di negara ini.

Presidennya, Linda Klein dalam sepucuk surat kepada Datuk Seri Najib Razak minggu lalu berkata tidak ada justifikasi yang memberi mandat terhadap pelantikan kerajaan dalam badan itu.
“Tidak jelas apa tujuan sah yang mahu kerajaan penuhi, dengan memberi mandat kepada pelantikan kerajaan dalam kepimpinan Majlis Peguam,” katanya dalam surat bertarikh 23 September.

Surat itu diterbitkan dalam laman web Majlis Peguam Malaysia.
Linda berkata pelantikan dibuat kerajaan memang akan melemahkan kebebasan Majlis Peguam.

“Undang-undang yang dicadangkan itu akan menyebabkan pelanggaran tidak wajar terhadap hak persatuan ahli profesional undang-undang, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang antarabangsa dan Prinsip Asas PBB,” katanya.

Beliau berkata undang-undang antarabangsa hanya membenarkan sekatan terhadap hak untuk kebebasan sesebuah persatuan.
Katanya, beliau juga bimbang pindaan di bawah Akta Profesion Undang-undang (LPA) akan membenarkan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang Malaysia menetapkan peraturan pemilihan dan undang-undang Majlis Peguam.
“Mengawal peraturan pemilihan dan undang-undang kepada ahli eksekutif boleh dilihat sebagai meletakkan pengaruh tidak wajar terhadap badan pemerintahan sendiri itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Putrajaya untuk mempertimbangkan semula cadangan itu sebelum membawa pindaan berkenaan ke Parlimen dan sebaliknya, mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam.

Selain mencadangkan pindaan terhadap LPA, kerajaan juga mahu merombak keseluruhan proses pemilihan dalam Majlis Peguam.
Ia juga memohon untuk mengenakan keperluan kuorum punitif sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan keahlian untuk mesyuarat agung tahunan.
FMT

Dua Pelajar Yang Disingkirkan Tikam Guru di Depan Kelas Hingga Mati

 Khamis, 29 September 2016

 
Shutterstock Ilustrasi

NEW DELHI  - Dua orang pelajar menikam hingga mati   seorang guru di depan para muridnya setelah salah seorang dari murid itu dikeluarkan kerana terlalu kerap ponteng.

Mukesh Kumar, seorang guru bahasa Hindi di sebuah sekolah negeri di Nangloi, wilayah barat New Delhi, dipukul  dan ditikam seorang siswa ketika sedang mengawasi ujian pada Isnin (26/9/2016).

Sang penikam dibantu oleh seorang temannya yang sedang mengikuti ujian. Siswa itu meninggalkan kerusinya dan membantu temannya tersebut menghabisi Kumar.

Lelaki berusia 50 tahun itu sempat dikejarkan ke rumah sakit Balaji tetapi akhirnya meninggal dunia kerana luka-lukanya yang terlalu parah.

Media setempat melaporkan, kedua pelajar berusia 17 dan 18 tahun itu sebelumnya sudah diperingatkan bahwa keduanya   tak diizinkan mengikuti ujian kerana terlalu sering membolos.

Kedua siswa itu ditangkap beberapa jam setelah melakukan penyerangan dan kepada polis  mengaku inisiator serangan adalah siswa yang sudah dikeluarkan dari sekolah.

Harian Indian Express melaporkan, kedua siswa itu kehilangan akal sehat dan menyerang sang guru dengan menggunakan pisau dan meninggalkannya bergelimang darah di lantai kelas.

"Saya sedang mengumpulkan kertas ujian ketika tiba-tiba mendengar suara gaduh dan melihat dua siswa berlari. ketika saya hampiri, saya melihat Pak Kumar berlumuran darah dan langsung kami bawa ke rumah sakit," ujar seorang guru kepada stesyen televisyen NDTV.

Guru itu menambahkan, kedua pelajar yang menjadi suspek  penikaman itu sudah beberapa kali gagal dalam ujian.

"Insiden itu terjadi sekitar pukul 17.00 atau 17.30. Kedua siswa menyerang guru bahasa Hindi, Mukesh dengan sebilah pisau. Mukesh dilarikan ke rumah sakit Balaji yang meminta kami membayar wang deposit untuk  rawatan," ujar seorang staf pengajar, Gulab Sharma kepada harian The Hindu.

Kematian Mukesh Kumar itu kemudian memicu aksi tunjuk perasaan besar-besaran dari para guru di dekat sekolah tempat pembunuhan terjadi.

Para guru mendesak pemerintah menjamin keselamatan mereka kerana sejumlah guru pernah menerima ancaman dan pelecehan setelah menghukum siswa kerana membolos atau hal lainnya.

Selain itu, sekolah-sekolah negeri di New Delhi memboikot pelaksaanan ujian dan mogok mengajar sebagai protes terkait kematian Mukesh Kumar.

Asosiasi Guru Sekolah Negeri (GSTA) mendesak pemerintah memberi gantirugi untuk keluarga Kumar   dan menempatkan polis  di sekolah-sekolah.

Keluarga Kumar menyalahkan polis  dan sekolah setelah mengabaikan ancaman pembunuhan yang  diterima mendiang.

"Peristiwa ini sangat mengejutkan bagi kami. Dia sudah mengeluhkan perilaku buruk sejumlah pelajar kepada pengetua sekolah tetapi tak ada tindakan yang diambil otoritai sekolah," kata Neelam, isteri Kumar, kepada harian The Hindu.
 
Sumber:KOMPAS.com

Pembuat Pokemon Go akan diseret ke mahkamah

29/9/16

 
AFP PHOTO / ANP / REMKO DE WAAL, Gamer bermain dengan aplikasi Pokemon Go di telepon mereka, di Grote Markt, Haarlem, Belanda, Rabu (13/7/2016).

DEN HAAG   - Pemerintah Belanda akan seret beberapa warga AS pembuat permainan Pokemon Go ke mahkamah.

Langkah ini diambil setelah perusahaan itu gagal memenuhi permintaan untuk mencegah penggemar permainan ini menyerbu pantai-pantai yang dilindungi.

Sejak permainan itu dirilis di Belanda, ribuan penggemar berkumpul di pantai Kijkduin di sebelah selatan kota Den Haag.

Ribuan orang yang datang ke pantai kecil itu setiap hari memicu kebimbangan akan merosak pasir pantai yang selama ini dilindungi.

"Pemerintah kini akan melarang hewan-hewan virtual kecil itu di kawasan yang dilindungi dan di jalanan mulai pukul 23.00 hingga 07.00," demikian pemerintah setempat.

Kes ini akan mulai dibicarakan di sebuah mahkamah di Den Haag pada 11 Oktober mendatang.

"Kijkduin akan tetap menjadi tempat menarik bagi para pemburu Pokemon, tetapi kami akan membatasi masalah bagi warga dan kerosakan kawasan dilindungi di sana," lanjut pemerintah.

Pemerintah Belanda sudah mencuba menghubungi Niantic, perusahaan pembuat permainan ini sejak pertengahan  Ogos lalu tetapi tidak berhasil.

"Kami tak punya pilihan lain selain maju ke mahkamah," demikian pemerintah Belanda.

The Pokemon Company, yang memberikan lesen  waralaba, kepada AFP pada Ogos lalu mengatakan, semua permintaan untuk menarik permainan itu dari sebuah area dipusatkan di Niantic.

Hal serupa pernah dilakukan di monumen peringatan bom atom Hiroshima dan monumen holocaust Berlin. Di kedua tempat ini monster-monster Pokemon sudah disingkirkan.

Sementara di Poland , bekas kem konsentrasi Auschwitz-Birkenau yang kini menjadi museum juga meminta agar monster-monster Pokemon dihilangkan dari tempat itu. 
Sumber:KOMPAS.com

Jangan kafirkan orang lain kerana RUU 355

Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
GEORGETOWN - Jangan sesuka hati mengkafirkan orang lain disebabkan Rang Undang-Undang (RUU) 355, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, pihaknya begitu kecewa dan sedih apabila mendapati segelintir agamawan di negara ini dengan sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam hanya kerana menyatakan pendirian berkaitan rang undang berkenaan.
“Bila ada yang mengambil pendirian tidak bersetuju dengan RUU 355, terus individu berkenaan dicop sebagai kafir, pada saya ini tidak baik dan amat mengecewakan.

“Saya tidak menafikan tentang peri pentingnya gagasan sedemikian dilaksanakan dan justeru sepatutnya ia mendapat sokongan semua pihak. Tetapi yang perlu difahami RUU 355 belum lagi dimuktamadkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Tegas Wan Salim sepatutnya perbincangan lebih berhemah perlu dibuat sebelum masing-masing melontarkan pelbagai perkataan yang menyakitkan diantara satu sama lain.

“Biarlah ia dibincangkan terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.
“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara di negara kita,” katanya.

Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
“Kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah, adakah perkataan sebegini sepatutnya diungkap oleh seorang yang cerdik dalam bidang agama.
“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” katanya.

Beliau turut menggesa supaya Kerajaan mengambil daya usaha membentangkannya dalam keadaan yang lebih serius.
“Barulah ia tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata,” katanya.

NGO gesa k'jaan gam artis bogel, terlibat jenayah

29/9/16
Bimbang menjadi ikutan, sebuah NGO anak muda menggesa kerajaan menggam artis yang terlibat dengan jenayah dan isu moral.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membangkitkan beberapa isu, termasuk penahan seorang artis lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menanam pokok ganja serta memiliki senjata di Kuala Lumpur, sebelum ini.

Turut dibangkitkan penyebaran gambar bogel yang didakwa memaparkan seorang pelakon wanita.

“Sama ada seorang selebriti itu terlibat dengan masalah moral atau jenayah ia tidak sepatutnya berlaku kerana mereka dianggap sebagai ikon oleh anak muda yang meminati karya seni selebriti berkenaan.
“Secara tidak langsung segala tindak tanduk selebriti kegemaran mereka pasti menjadi ikutan anak muda masa kini,” kata penyelaras SAMM Faisal Zainal.

SAMM mengingatkan bahawa pada 80-an, menteri penerangan ketika itu Tan Sri Mohamed Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pernah menggam artis popular yang dilihatnya bermasalah.
“Kini kelihatan Kementerian Penerangan terlalu bertolak ansur dengan selebriti yang ada masalah moral dan pernah terlibat dengan kes jenayah.

“Soalnya di mana ketegasan Kementerian Penerangan?” katanya.

Thursday, September 29, 2016

Isteri Kurung Suami di Ruangan Penuh Kotoran Manusia Selama Dua Tahun

29/9/16

Kawasan pemukiman tempat Darlene mengurung suaminya, Hugh, selama dua tahun di ruang penuh feses manusia. (Foto: WHTR)
Kawasan pemukiman tempat Darlene mengurung suaminya, Hugh, selama dua tahun di ruang penuh kotoran manusia. (Foto: WHTR)

GREENWOOD – Darlene (69) dan Hugh Dickinson (71) menjalani kehidupan rumah tangga yang normal di Greenwood, Indiana. Namun semua berubah ketika Hugh   diserang stroke pada 2000. 

Dua tahun lalu, kaki Hugh terluka. Tak boleh sembuh kerana  diabetes yang dideritanya, buruk di kakinya lama kelamaan membusuk. Akan tetapi, isterinya menolak membantu Hugh membersihkan lukanya maupun membawa dia ke doktor.

Ketika masih sihat, Hugh sering terlihat berkeliaran di teras rumahnya, menyapa para tetangga. Namun beberapa tahun ini, dia tidak pernah terlihat lagi.
Hal ini lantas menimbulkan kecurigaan di benak tetangga terdekatnya, Lisa Tiedemann. Beberapa kali, dia menanyakan   kepada Darlene khabar suaminya. Namun jawaban yang diterima ketus dan terkesan seperti ada yang ditutup-tutupi.

Lama-lama Tiedemann kesal dan mengancam akan menunggu di depan rumah sampai suaminya keluar. Usaha pertama itu gagal, tetapi Tiedemann tidak menyerah. Dia kembali mengambil kesempatan dan mengintip ke sekeliling rumah. 

Pada Selasa 27 September siang itu, Tiedemann terkejut bukan kepalang. Rumah Darlene yang begitu bersih hingga ke sudut-sudutnya, ternyata menyisakan satu ruangan sangat kotor. Seperti tak pernah dibersihkan, sampah berserakan menjadi sarang nyamuk dan lalat. Lebih dari itu, ada kotoran manusia (feses) dan makanan yang sudah  busuk di dalamnya. 

Tiedemann tidak menyangka, di ruangan paling menjijikan itulah Hugh dibaringkan. Merasa tindakan Darlene ini keterlaluan, dia lantas menelefon 911. Penyelidikan pun dijalankan.

Darlene Dickinson. (Foto: WHTR)
Melansir WTHR, Khamis (29/9/2016), Hugh dibiarkan dalam keadaan tak manusiawi itu selama dua tahun kebelakangan. Dia tak pernah dimandikan, diberi makanan sekali sehari dan minum sebotol pepsi setiap harinya. 

Meskipun sakit, Darlene tidak memberikan gizi yang cukup apalagi ubat-ubatan yang diperlukan suaminya. Tak tahan diperlakukan sedemikian rupa, Hugh akhirnya berhasil lari pada bulan ini. Segera setelah isterinya pergi ke rumah sakit. 

"Dia sangat kotor. Bajunya dilumuri kotoran. Dia memakai pampers yang penuh najis. Ya, kondisinya benar-benar sangat buruk. Ini hal terburuk yang pernah saya lihat. Isterinya benar-benar keterlaluan, sangat kejam," ujar tetangganya, Lisa Tiedemann. 

Untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya, polis setempat menahan Darlene atas dua kejahatan, yaitu menelentarkan orang sakit dan membatasi kebebasan manusia. Dia terancam hukuman kurung tiga tahun penjara jika mahkamah memutuskan demikian. 

Sementara itu, kesihatan Hugh sekarang berangsur-angsur pulih. Mulanya berat dia hanya   45 kilogram. Namun seminggu setelah bebas, berat badannya telah bertambah 13 kilogram. 

"Ketika saya datang minggu lalu, dia (Hugh) terus menyebut saya sebagai pahlawannya. Saya bilang, tidak, saya hanya seorang teman dan saya pasti akan melakukannya lagi. Jadi intinya, dia sangat berterima kasih pada saya. (Syukurlah) dia sekarang baik-baik saja," tutur tetangga baik hati tersebut. 
Okezone