SHAH ALAM – Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang rasmi
didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari ini perlu
mempunyai tiga karisma utama untuk terus bertapak kukuh di negara ini.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr
Sivamurugan Pandian menggariskan tiga karisma utama yang perlu dimilik
parti tersebut untuk terus bertapak kukuh di hati anak muda.
Kata Sivamurugan, Bersatu sebagai sebuah parti baharu perlu mengetengahkan orang muda dalam barisan kepimpinan.
Selain memberi nafas baharu dalam arena politik negara, langkah itu
juga mampu mengekalkan ‘kesegaran’ idea dan pendapat kepimpinan parti
itu.
"Anak muda harus diberi peluang terlibat dalam kepimpinan utama parti
itu. Keterbukaan itu secara tidak langsung akan menarik minat penyertaan
anak muda dalam parti," katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut, katanya, Bersatu juga perlu memegang dan mempertahankan prinsip perjuangan parti.
"Ia bagi mengekal dan menambah pengaruh masyarakat di negara ini. Tapi
yang penting Bersatu perlu tonjolkan apa kelainan partinya daripada
parti-parti yang ada.. Sebab jika sama saja dengan parti lain maka sukar
mendapat sambutan," katanya lagi
Ujarnya lagi, Bersatu juga harus memperkenalkan idea dan mengetengahkan isu semasa berkaitan golongan muda.
Jelasnya, menerusi langkah itu, orang muda akan melihat Bersatu sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat.
No comments:
Post a Comment