Saturday, September 10, 2016

Zalimnya Ibu, Bakar Kemaluan Anaknya Kerana Gagal Dalam Pelajaran Matematik

10/9/16

 
Thinkstockphotos Ilustrasi

BOGOTA   - Seorang wanita, Rosabel Munoz, dijatuhkan hukuman tahanan rumah setelah membakar kemaluan puterinya yang berusia tujuh tahun dengan menggunakan lilin.

Aksi kejam ini dilakukan wanita  itu hanya kerana puterinya mendapat nilai teruk dalam pelajaran matematik .

Mahkamah kota Ibague di provinsi Tolima, Kolombia memutuskan Rosabel bersalah kerana menyeksa puterinya dalam insiden yang terjadi tiga tahun lalu itu.

Kanak-kanak yang tiga tahun lalu berusia tujuh tahun itu, harus dirawat di rumah sakit selama 28 hari kerana luka-lukanya dan harus menjalani pembedahan untuk menyembuhkan kemaluannya yang mengalami luka terbakar.

Namun, mahkamah hanya menghukum Rosabel meski ayah kanak-kanak itu mengatakan sang ayah tiri juga memperlakukan   kanak-kanak itu dengan sangat buruk.

Ketika ini, anak perempuan yang malang tersebut berada di bawah perlindungan departemen layanan sosial Kolombia.

Ketua Institut Kesejahteraan Keluarga Kolombia, Oscar Rios mengingat keterlibatannya dalam perkara ini.

"Anak itu mengalami luka di kemaluannya yang dibakar ibunya dengan menggunakan lilin," kata Rios.

"Kami memiliki pasukan profesional yang boleh merawat anak itu dan kami juga berusaha keras memulihkan kepercayaan dirinya tetapi dia hingga kini belum boleh bersatu kembali dengan keluarganya," tambah Rios.
Sumber:KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment