Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam mengumumkan akan
bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) melakukan korban
di kompleks pasukan itu di Air Keroh, Melaka.
Bagaimanapun, hari ini, katanya beliau dimaklumkan bahawa ibadah itu
tidak dapat dijalankan di tempat itu tanpa sebarang alasan diberikan.
“Pembatalan ibadah korban di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam di saat-saat akhir amat mendukacitakan," katanya.
Beliau yang juga kolonel kehormat pasukan itu justeru membangkitkan
persoalan sama ada pembatalan acara itu mempunyai kaitan dengan politik.
“Saya sedang menghubungi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang
menjaga hal ehwal APAM untuk mengetahui sama ada apakah ini arahan
beliau atau pun arahan daripada kepimpinan politik negeri Melaka.
“Tidak perlulah mempolitikkan ibadah korban di hari raya yang penuh berkah ini!” kata anggota parlimen Bukit Katil itu.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata telah menerima ucapan terima
kasih dan pengesahan bahawa acara itu akan dijalankan pagi ini.
Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan APMM berkaitan dakwaan itu.
Sementara itu, Shamsul memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan
semula lembu-lembunya ekoran pembatalan majlis korban berkenaan.
"Esok jam 10 pagi saya 'jemput' semula lembu saya," kata Shamsul ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment