Tuesday, September 6, 2016

MCA tetap tolak pindaan Akta RUU 355

Gan Ping Sieu
Gan Ping Sieu - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] MCA menjelaskan bahawa mereka kekal dengan pendirian untuk menolak pindaan Rang Undang-undang Akta 355 yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Ketua pasukan perlansanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat, Gan Ping Sieu berkata, pindaan tersebut dipertikai masyarakat bukan Islam memandangkan terdapat agenda tersirat yang dibawa berhubung pelaksanaan itu.
"Bukan saja persepsi tapi secara realitinya, ini satu yang membimbangkan keseluruhan rakyat kita," katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri 41 - Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi yang diadakan di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), hari ini.

Menurut Ping Sieu, MCA merasa sedih dengan cadangan pelaksanaan pindaan akta tersebut yang diawalkan tanpa pengatahuan daripada parti kompenan BN yang lain.
Malah, beliau memaklumkan tiada sebarang rundingan atau perbincangan dibuat sebelum ini di platform Kabinet mahupun parti berhubung perkara tersebut.

“Antara sebab kita bantah dan tak setuju dengan pindaan RUU 355 ini adalah berhubung agenda di sebalik pelaksaannya selepas ini sama ada ia akan bercanggah dengan Artikel 8 iaitu hak kesaksamaan sesama rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pelaksaan pindaan akta tersebut bukan sahaja merisaukan MCA malah turut melibatkan seluruh masyarakat di negara ini.
Tambahnya, tujuan tersirat berhubung pindaan tersebut adalah bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan selepas ini.

2 comments:

  1. Ya Allah!..Ya Qahhar!..Ya Jabbar!.. Ya Muntaqim!.. Ya Zal Jalali Wal ikram.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah!..Ya Qahhar!..Ya Jabbar!.. Ya Muntaqim!.. Ya Zal Jalali Wal ikram.

    ReplyDelete