Wednesday, September 14, 2016

Pemuda MCA gesa Nazri tanding tiket bebas

Malaysiakini 13/9/16

Pemuda MCA hari ini menggesa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Layeong Kim Soon dalam satu kenyataan media berkata ini kerana menteri Umno itu didakwa sengaja mewujudkan perselisihan di antara parti-parti komponen BN.

Leong berkata Nazri juga dilihat sering kali berkongsi pentas dengan kepimpinan pembangkang sekali gus mendatangkan rasa kesal parti kompenan BN itu.
Mengulas kenyataan Nazri bahawa beliau lebih dekat dengan DAP berbanding MCA kerana ingin mendapatkan sokongan masyarakat Cina,
Leong berkata apa yang dinyatakan anggota Parlimen Padang Rengas itu jelas tidak sihat untuk mewakili BN.

Malah, Leong juga turut mengimbau kembali sewaktu pilihan raya umum 1999, di mana beliau mengingatkan Nazri bahawa undi kaum Cina yang menyebabkan BN berkuasa ekoran perpecahan dalam Umno dicetuskan oleh pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Parti komponen BN tidak mempermainkan Umno dalam tempoh itu.
"Jika Nazri tidak memahami semangat BN atau fikir dia boleh menang pilihan raya kerana karisma beliau semata-mata, dia boleh bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum akan datang.
"Dan beliau dialu-alukan untuk menyertai BN semula jika beliau menang," kata dipetik Oriental Daily.

No comments:

Post a Comment