Saturday, October 1, 2016

Annuar: Kita sayang Qu Puteh

30/9/16
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tetap memberi harapan agar penaja utama mereka Vida Beauty Sdn Bhd dapat meneruskan penajaan untuk bola sepak negeri itu.

Menurutnya, penajaan syarikat kosmetik milik Datuk Seri Hasmiza Othman yang popular dengan produk Qu Puteh itu bersifat istimewa, unik dan tersendiri.
"Kita sayang dengan Qu Puteh ni. Dia satu penaja yang agak istimewa, unik dan agak tersendiri.

"Jadi saya harap kontrak itu dapatlah diteruskan sampai tahun depan," katanya kepada media selepas majlis penghargaan Umno kepada pemenang pingat Olim dan Paralimpik Rio 2016, di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Hasmiza melalui syarikatnya itu sudah tawar hati untuk meneruskan penajaan kepada skuad bola sepak Kelantan.
Jutawan kelahiran Kelantan itu mendakwa ia susulan produk keluaran syarikatnya dan jersi tidak mendapat sambutan hangat daripada penyokong.

Awal Januari lalu, Vida Beauty menandatangani kontrak penajaan bernilai RM16 juta untuk menaja skaud The Red Warriors bagi tempoh dua musim.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment