Saturday, November 26, 2016

Bayi seludup dijumpai dalam kotak biskut

Sinar
Bayi seludup dijumpai dalam kotak biskut
Gambar hiasan. - Foto AFP
WEST BENGAL - INDIA. Tiga suspek penyeludupan bayi ditahan selepas empat bayi ditemui dalam kotak biskut di sebuah hospital di Baduria.

Sebahagian dari suspek adalah kakitangan hospital tersebut dan lebih ramai suspek dijangka ditangkap untuk beberapa hari lagi.
Menurut laporan BBC, bayi-bayi tersebut dalam proses jualan kepada pasangan yang tidak dikurniakan anak.

Hospital tersebut juga didakwa membeli bayi dengan harga RM19,404.62 untuk bayi lelaki dan RM6,490.97 untuk bayi perempuan dari wanita yang berhasrat untuk menggugurkan kandungan.
Bayi yang mempunyai kulit cerah pula biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Pegawai kanan polis, BL Meena mengatakan sesetengah bayi 'dicuri' dari pasangan miskin.
Pasangan miskin yang menjadi mangsa pula akan diberitahu 'bayi mereka telah meninggal dunia semasa bersalin'.

"Ramai wanita (dari pasangan miskin) meminta untuk melihat mayat bayi mereka, tetapi gagal. Jika mereka berdegil, mereka akan diberikan rasuah," kata BL Meena.

Sementara itu, pihak berkuasa percaya sudah lebih 30 bayi dijual dalam tempoh dua tahun kepada pasangan di Delhi, Chennai dan luar negara.
Mereka kini sedang cuba mencari keluarga asal bayi-bayi yang telah dijumpai.

No comments:

Post a Comment