Menteri itu mengatakan bekas perdana menteri itu
pernah menjadi pengkritik tegar George Soros tetapi kini menyatakan hal
yang berbeza.
PETALING
JAYA: Komen terkini Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan jutawan
George Soros menunjukkan bekas perdana menteri itu berada pada tahap
paling rendah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Md
Salleh Said Keruak.
Dalam posting di blog terbarunya, Salleh berkata percanggahan dalam
apa yang dikatakan Dr Mahathir sebelum ini berkenaan Soros adalah begitu
ketara hingga ke tahap “memalukan”.
“Apabila ekonomi Malaysia runtuh, Dr Mahathir tidak mahu
bertanggungjawab dan mengakui itu salahnya, sebaliknya beliau
menyalahkan Soros,” kata Salleh.
Beliau juga menegaskan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri,
beliau tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan anti-Semitik dan juga
sanggup merujuk orang Yahudi sebagai “orang dengan hidung bengkok”,
kenyataan yang membolehkan beliau ditangkap dan dipenjara, atau dipaksa
meletakkan jawatan, sekiranya masih memimpin mana-mana negara.
Salleh mengimbas semula sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri,
beliau juga “keras menentang” demonstrasi jalanan dengan menangkap dan
mengenakan atau menahan tanpa bicara, sesiapa yang berani menganjur atau
menyertainya.
Beliau berkata, sebaliknya Dr Mahathir hari ini mengatakan perkara yang sangat bertentangan.
“Hari ini, Soros adalah seorang lelaki baik yang membiayai kumpulan
yang sengaja mahu menjatuhkan kerajaan manakala demonstrasi adalah baik
dan sah untuk menukar kerajaan.”
Mempersoalkan juga jika Dr Mahathir teringat atau menyangka apa yang
sering beliau katakan akan dilupakan, Salleh menambah “Politik adalah
satu perkara, tetapi maruah juga mesti dikekalkan dalam permainan
politik kerana jika kita kehilangan maruah, tidak ada apa yang tinggal.”
No comments:
Post a Comment