Thursday, November 10, 2016

Krisis Ekonomi, Penduduk Bermalam Depan Bank

10/11/16

Warga Zimbabwe bermalam depan bank, mengantri untuk dapatkan Rp655 ribu. (Foto: BBC)
Warga Zimbabwe bermalam depan bank, beratur untuk dapatkan  USD50. (Foto: BBC)

HARARE – Krisis ekonomi di Zimbabwe semakin menggerogoti sendi-sendi kehidupan rakyat. Dalam cuaca dingin menggigit pada tengah malam di ibu kota Harare, puluhan orang terlihat tersidai berjajaran di depan suatu bank.
Mereka bukan para gelandangan. Orang-orang itu juga masih bernafas, sihat bugar. Beberapa dari mereka berprofesyen sebagai peniaga, pegawai keselamatan, akauntan, bahkan ada yang seorang psikolog.

Bank yang ditunggui tentu saja sudah tutup. Sebab bank-bank di Zimbabwe seperti halnya bank-bank di belahan dunia lain, hanya buka dari pukul 08.00 – 15.00 pada Isnin-Jumaat dan pukul 08.00 – 11.30 pada Sabtu. Hari Ahad, semua bank tutup.

Akan tetapi, sedikitnya 30 orang berkeras bermalam di depan bank tersebut. Mereka yang beratur terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ada juga yang mengajak anaknya ikut menginap. Selain itu, mereka membawa selimut untuk alas dan menghalau cuaca dan serangga yang tak kenal ampun. Semua beratur untuk sesuatu, yakni wang.

“Kami terpaksa tidur di sini kerana jika tidak, anda tidak akan mendapatkan wang. Saya sudah mencuba datang ke sini pukul 04.00 tetapi hanya buang-buang waktu. Hanya mereka yang berada di baris pertama yang boleh mendapatkan wang. Bank membatasi persedian wang yang diberikan,” tutur seorang ibu yang menolak disebut namanya, seperti dikutip dari BBC, Khamis (10/11/2016).

Di samping dia, puterinya yang berumur tujuh tahun sudah tertidur nyenyak. Harapannya terletak pada secebis kertas hijau bertuliskan angka 10. Nombor itu menandai urutan gilirannya. Sementara di belakangnya, masih ramai lagi yang menunggu.

Nombor-nombor itu sendiri dibahagikan oleh sekelompok pemuda pengangguran. Mereka berdiri di depan bank setiap tengah malam dan dalam sekejap saja mereka boleh mengeluarkan hingga 200 nombor urutan.

Meski begitu, tidak semua orang yang mengambil nombor giliran bersedia menanggalkan harga dirinya dan beratur seperti gelandangan di depan bank. Bagi mereka yang tidak ingin bermalam, tetapi tetap ingin mengambil wang dari bank, boleh mengupah seorang joki sebagai gantinya.

Salah satu joki itu bernama Muchekadzafa. Dia menyimpan beberapa nombor giliran lalu menjualnya lagi kepada mereka yang tidak ingin menginap. Tarif beratur yang dititipkan padanya senilai USD1   seorang.
“Ini satu-satunya peluang bagi kami untuk bertahan hidup. Kami tidak punya pekerjaan di sini,” ujarnya.

Sehari sebelumnya, 165 orang sudah mendapatkan wang dari bank. Mereka yang kurang beruntung terpaksa pulang untuk kembali  dari awal keesokan harinya. Semua orang berebut mendapat posisi pertama, beratur demi mencairkan wang mereka . Setiap orang dibatasi hanya dapat mengambil USD50  per harinya.

No comments:

Post a Comment