GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.
Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk
oleh Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan
hal tersebut.
“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.
“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia
melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan
mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج
الدم,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan
Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook
dan juga WhatsApp.
Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili
jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa
permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan
kekeliruan dan fitnah.
Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu
Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.
Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen.
Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana.
“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana
beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat
keluar atau mengalirnya darah.
“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.
Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak
perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.
“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang
berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah
(sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.
“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon
saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama
anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan
dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.
Ingin menjana income sehari RM500 percuma sahaja. Tiada apa2 bayaran dikenakan ( kalo anda rasa ia tipu anda tidak perlu keluar modal). Anda hanya perlu open link di bawah dan REGISTER. Anda terus dapat USD 20 × 4.4 = RM81.60, selepas dapat link anda sendiri copy ayat saya ini dan paste ke facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya...setiap orang yang buka link anda akan DIBAYAR. Sungguh mudah boleh pilih masuk akaun atau cek di pos alamat rumah anda. Kalo tak percaya join dulu klik link di bawah dan register. Tidak ada no akaun bank diperlukan untuk register.klik link ini.
ReplyDeletehttp://earnwithinvite.com/index.php?ref=240353