Tuesday, November 1, 2016

'Ruginya bila ada peluang naik pangkat tetapi tiada tindakan

Sinar Harian
pekerja
Gambar Hiasan
KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa pihak jabatan mempercepatkan penstrukturan perjawatan agar penjawat awam boleh menikmati gred baharu yang diwujudkan.

Timbalan Presiden II Cuepacs Mohd Shaziman Jaes berkata pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan sejak lima bulan lepas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun pelaksanaannya sangat perlahan malah belum ada permohonan daripada jabatan tertentu walaupun gred baharu telah diwujudkan.

"Kita menganggap seolah-olah ada kekangan tertentu mengenai perkara ini dan jabatan belum membuat tindakan yang ketara.
"Kita mahukan unjuran kenaikan pangkat bagi memberi peluang kepada kakitangan yang berada di tahap tertentu untuk mengisi gred yang diwujudkan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog bersama kakitangan Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
Mohd Shaziman berkata isu itu menjadi persoalan dalam kalangan kakitangan awam kerana kerajaan telah memberi laluan dengan mewujudkan gred baharu, namunpelaksanaannya seakan-akan disekat di peringkat jabatan.

"Amat rugi apabila peluang kenaikan pangkat atau gred diwujudkan tetapi tiada tindakan (di peringkat jabatan), sekaligus menyebabkan kakitangan melihat hak mereka dinafikan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment