Saturday, November 5, 2016

Sanusi, Dr Mahathir hadiri mesyuarat hak ahli Parlimen

 | November 5, 2016
Kit Siang berkata siasatan polis terhadap 3 bekas menteri boleh dianggap 'krisis Perlembagaan terkini’.
sanusi-lim-kit-siang-mahathir-1PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri mesyuarat di Parlimen pada Selasa bagi mempertahankan keistimewaan Parlimen dan imuniti.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis dalam blognya hari ini yang Sanusi mengesahkan kehadirannya bersama-sama Dr Mahathir.

Lim menggesa mesyuarat itu diadakan berikutan siasatan polis ke terhadap bekas menteri Kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Husni dan Datuk Seri Shafie Apdal yang berucap di Parlimen baru-baru ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata, “pencerobohan berbahaya polis” berhubung keistimewaan Parlimen dan imuniti ahlinya boleh dianggap sebagai “krisis Perlembagaan terkini terhadap doktrin pemisahan kuasa”.

Lim bertanya: “Perlukah ahli Parlimen menghantar ucapan mereka kepada pihak polis bagi mendapatkan kelulusan sebelum mereka berucap di Parlimen? Adakah ini yang akan berlaku di Malaysia?” pada tahun ke-8 kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kenyataan ketua polis negara adalah mengenai “tindakan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut Perlembagaan beliau” sebagai mesej yang isu mengenai 1MDB dilarang di Parlimen.
Khalid berkata, tidak ada imuniti di bawah undang-undang bagi kenyataan berbaur hasutan yang dibuat di Parlimen.

Lim berkata ahli Parlimen, menteri, termasuk bekas ahli Parlimen dan menteri, tertekan dengan tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang tidak mempertahankan keistimewaan berparlimen bagi ahlinya.
“Beliau sepatutnya dirinya pergi ke mahkamah untuk membela dan menegakkan keistimewaan Parlimen dan kekebalan dan tidak berpeluk tubuh menunggu hasil keputusan mahkamah,” kata Lim.

No comments:

Post a Comment