Thursday, November 24, 2016

‘Semua wanita, gadis, tua, muda suka saya’

Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR - "Kalau saya jahat sangat dan aniaya wanita, tiada siapa akan sokong saya." Demikian reaksi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai penggunaan perkatan 'Kok' olehnya di sidang Dewan Rakyat, Isnin lalu, yang dikecam sebagai seksis.

Tajuddin juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, beliau tidak mungkin mendapat sokongan di kawasannya jika tanpa golongan wanita.

"Datang ke tempat saya... semua wanita dan gadis, tua dan muda, sangat suka dengan saya. Kalau tak percaya, datanglah ke tempat saya," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA selar Tajuddin hina Teresa]
Perkataan 'Kok' yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok itu mendapat bantahan ahli parlimen pembangkang kerana didakwa mempunyai sebutan sama dengan perkataan tidak elok dalam bahasa Inggeris.

Malah, beberapa NGO wanita turut menggesa Tajuddin berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur seksis dan meminta maaf kepada Teressa.

5 comments:

  1. satu2nya lelaki yg takdak kok itu pasir salak.

    ReplyDelete
  2. Cer cerita sikit Datuk pasal projek perumahan Gen-2 utk anak2 peneroka Seb Perak. Ape ke hal nye...Banyak teman dengor cerita2 yg tak sedap di dengor tu.

    ReplyDelete
  3. Kalau betulkata dato ni.
    Pompuan pasir sàlak samada buta atau jantan pasir salak tak ade kok

    ReplyDelete
  4. Kalau hitu lah wakil rakyat....Macamana ghupe nye oghang pasir salak? Ghendah mertabat nye Yob

    ReplyDelete