Sunday, November 27, 2016

Tertidur ketika hisap rokok, lelaki maut terbakar

Tertidur ketika hisap rokok, lelaki maut terbakar
Baju tidur Marks & Spencer (M&S) yang dipakai oleh mangsa
STAFFORDSHIRE - BRITAIN. Seorang warga emas maut selepas mengalami kecederaan parah akibat kebakaran yang berpunca dari api rokoknya ketika dia tertidur.

Laporan Dailymail mengatakan Roy Lawton, 85, tertidur ketika sedang menghisap rokok dalam kejadian 23 Julai lepas.
Inkues punca kejadian mengatakan rokok yang masih menyala menyebabkan pakaian tidur Roy terbakar dan membakar mangsa.

Mangsa yang mengalami luka terbakar teruk di bahagian muka, tangan dan bahu kemudian dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia lima minggu kemudian pada 31 Ogos.

Pihak koroner telah meminta mahkamah supaya bahan baju tidur Marks & Spencer (M&S) yang dipakai mangsa ketika kejadian disiasat.
Staffordshire Fire Service kemudian membuat analisa mengenai baju tidur yang dipakai mangsa dan mendapati bahan yang digunakan tidak mudah disambar api atau terbakar.

M&S juga sedang membuat pemeriksaan teliti terhadap kualiti baju tidur yang dijualnya.
"Kami sedang menyiasat. Semua produk baju tidur kami sentiasa diperiksa dengan teliti," kata jurucakap M&S.

No comments:

Post a Comment