Tuesday, November 29, 2016

Umno perlu waspada MCA, bukan DAP’

FMT | November 29, 2016
Bekas menteri itu berkata MCA dan Gerakan terlalu obses bersaing dengan DAP sehingga tidak mengutamakan kepentingan kaum lain.
VIDEO INSIDE
zainuddin-mca-dap-1
PETALING JAYA: Umno sepatutnya lebih berwaspada dengan sekutunya MCA, MIC dan Gerakan, dan bukan dengan musuh ketatnya DAP, menurut bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu turut menuduh rakan sekutu Umno dalam Barisan Nasional (BN) menikam parti itu dari belakang beberapa kali sejak Merdeka.

“Malah, punca BN hilang majoriti dua-pertiga ialah kerana MCA, Gerakan dan MIC tidak jujur dan tidak setia,” kata Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam Maidin.

Beliau memberi contoh era 1960an ketika beberapa pemimpin MCA membantah keputusan presiden MCA ketika itu, Tun Tan Siew Sin tidak mahu menuntut Bahasa Mandari dikurniakan taraf sebagai salah satu bahasa rasmi.
Zam berkata kumpulan itu kemudian menubuhkan Gerakan dan pilihan raya umum berikutnya pada 1969 menyaksikan MCA hilang separuh kerusinya kepada DAP dan Gerakan.

“Selepas rusuhan kaum 13 Mei, 1969, MCA dan Gerakan tidak ada pilihan tetapi menyokong perlembagaan dan hak Melayu. Sebab itu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dan menyertakan perkara mengenai kaum dan agama.
“Ini untuk membantu MCA dan (timbalan perdana menteri) Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata ia kali terakhir kerajaan akan membantu MCA.”
Zainuddin mengakui punca parti komponen BN tewas pada pilihan raya ialah kerana fokus mereka terhadap kepentingan segolongan rakyat dan bukan semua rakyat Malaysia..

“Mereka (MCA, MIC, Gerakan) selalu bertindak mengikut sentimen Cina. Mereka tidak berani bercakap mengenai pentutupan sekolah jenis kebangsaan Cina.
“Ia berbeza dengan Lee Kuan Yew, yang ketika mula berkuasa pada 1965, bertegas tidak akan membenarkan budaya Cina menjadi dominan di Singapura,” kata Zam merujuk perdana menteri pertama Singapura itu.

Zainuddin berkata masalah utama yang melanda parti komponen BN ialah obsesi mereka bersaing dengan DAP.
“Sebaik sahaja DAP memuaskan hati kaum Cina, parti (BN) pula mahu menunjukkan mereka lebih bagus daripada DAP dan berusaha memuaskan lagi hati kaum Cina.”

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mempertimbangkan tidak lagi membahagikan kerusi di kalangan parti komponennya berdasarkan kuota.
Pada pilihan raya umum lalu, prestasi MCA, MIC dan Gerakan terus merudum, berbanding Umno yang berjaya menambah bilangan kerusi Dewan Rakyat daripada 79 kepada 88.

No comments:

Post a Comment