Sinar Harian
5 November 2016
Keadaan Mohd Kazim yang sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh.
IPOH - Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dimasukkan di sebuah
hospital swasta selepas mengadu penat dan tidak sihat di rumahnya, di
sini, hari ini.
Rakan baiknya, Lim Yean Meng, 55, berkata, perkara itu dimaklumkan
kepadanya pada jam 7.30 pagi sebelum Mohd Kazim dibawa ke wad kecemasan
hospital berkenaan pada jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, Mohd Kazim dijadualkan untuk merasmikan majlis graduasi
Tadika Nurul Barakah serta menyampaikan ceramah agama di Pusat
Pendidikan Al Barakah pagi ini.
“Bagaimanapun, kesihatan beliau (Mohd Kazim) tidak mengizinkannya untuk
menghadiri majlis tersebut dan perlu dimasukkan ke hospital bagi
mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, kelmarin Mohd Kazim telah mengadakan ceramah perdana bertajuk
‘Dosa Yang Diviralkan’ di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
dan Khamis lalu di Mini Stadium Pendang, Kedah
Sementara itu, menerusi Facebook rasmi beliau Dato' Ustaz Mohd Kazim
Elias yang dimuat naik tiga jam lalu berkata, Mohd Kazim telah
dikejarkan ke hospital pagi tadi.
"Pemeriksaan sedang dijalankan. Mari kita sama-sama berdoa mohon Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.
"Buat masa sekarang pelawat tidak dibenarkan melawat," katanya.
No comments:
Post a Comment