Friday, December 2, 2016

Dr M: Melayu Umno, makanlah 'duit haram' ini

2/12/16

Setelah mendapat serangan puitis 'Melayu mudah lupa' dua hari berturut-turut, Dr Mahathir Mohamad ini tampil mengulas isu sama.

Berbeza dengan nada sajak popularnya sebelum ini, beliau hari ini mengecilkan skop Melayu yang dirujuknya kepada “Melayu Umno”.
“Melayu Umno mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan agung Umno dahulu.

“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh.

“Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” katanya.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendakwa pilihan raya kali ini akan memperlihat “duit-duit yang dicuri” dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.

“Dengan perkataan lain ahli Umno yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion ringgit.
“Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanah air,” kata Mahathir yang terkenal dengan sindiran tajamnya itu.

1 comment:

  1. Kalau melayu umno curi duit berbillion billion makanya suruhlah daim zainuddin, mokhzani, mirzan dan sesiapa lg yg terjadi kaya raya semasa di dalam umno dahulu serahkan kembali duit duit tersebut kerana ia duit haram.

    ReplyDelete