Monday, December 12, 2016

Gadis 10 tahun dibakar, hampir dirogol

rogol
- Gambar hiasan
HARKHAND - INDIA. Seorang gadis yang melecur 60 peratus akibat dibakar oleh dua penyerang yang cuba untuk merogolnya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Murid sekolah yang berusia 10 tahun itu memberitahu polis, dia hampir dirogol oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah perkampungan di Jharkhand, timur India sebelum dibakar dan dibuang ke dalam telaga terbiar.
Bagaimapun kedua suspek melarikan diri dan gagal dikesan buat masa ini.
Lima suspek ditahan untuk disoal siasat, lapor Hindustan Times.

Memetik Mirror.uk, ketika kejadian, kanak-kanak itu bermain di luar rumahnya di Kandra, Seraikela Kharsawan apabila dia didatangi dua lelaki yang cuba memujuknya dan mengumpannya dengan gula-gula.
Apabila dia enggan mengikut suspek, mereka terus memaksnya dan membawanya ke sebuah kuari di kampung berkenaan.

Suspek kemudian melucutkan pakaian kanak-kanak itu dan cuba merogolnya.
Gadis yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu polis, ketika dia cuba melawan dan melarikan diri, suspek mengejarnya, mencurahkan minyak tanah yang mengena belakang badannya dan membakarnya sebelum membuangnya ke dalam sebuah telaga terbiar.

Kanak-kanak berkenaan menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari seorang wanita yang melalui kawasan berkenaan.
Penduduk tempatan menarik keluar mangsa dan membawanya ke hospital.
Seorang pengawai penyiasat berkata, mangsa telah memberikan keterangan berhubung kejadian kepada polis.

"Gadis itu sempat melihat wajah lelaki berkenaan, namun tidak mengetahui identiti suspek," katanya.

Polis menemui tong minyak, kayu mancis dan pakaian terbakar milik gadis itu di lokasi kejadian dan sedang mencari saksi insiden itu.
Sementara itu, jurucakap balai polis Kandra, Arvind Kumar Singh berkata, kelima-lima suspek yang ditahan bukanlan penduduk setempat.

"Keluarga gadis itu berpindah ke Kandra dari Bengal Barat baru-baru ini dan polis sedang menyiasat sama ada kenalan keluarga mungkin terlibat dalam serangan ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment