Friday, December 16, 2016

'Jika tak nak pembangkang, PAS kena pilih Umno' : Mahfuz

15/12/16

Mengikut sifir politik, jika PAS dan Umno mahu kekal selamat mengharungi pilihan raya umum akan datang, kedua-dua parti perlu merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata PAS tidak ada pilihan selain bekerjasama dengan pembangkang lain, atau Umno.
Namun kemungkinan yang dihadapi PAS jika menolak kerjasama dengan pembangkang ialah, parti itu mungkin kehilangan undi daripada bekas penyokong mereka yang kini beralih ke Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Pakatan Harapan (HARAPAN).

Umno pula, katanya, berdepan risiko kehilangan undi penyokong parti itu dengan munculnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Justeru apa yang tinggal, kalau nak menang Umno kena ada strategi untuk tarik undi PAS. PAS pula kena ada strategi untuk tarik undi Umno.

"Sebab itu untuk elak berlaku pertembungan (antara PAS dan Umno) kedua-dua parti perlu bekerjasama. Tak perlu pun PAS menyertai BN," katanya.
Mahfuz dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan pendirian BERSATU masih mahu berunding dengan PAS menjelang PRU ke-14.

Pembangkang masih bergelut untuk membentuk barisan yang mantap sebagai persediaan menghadapi BN pada PRU yang dijangka akan diadakan seawal suku pertama tahun depan.
Ketika BERSATU sudah menandatangani persefahaman dengan HARAPAN, PAS masih menjarakkan diri dengan pembangkang lain kecuali PKR dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

PAS juga menyatakan beberapa syarat untuk parti itu bekerjasama dengan pembangkang.
Kata Mahfuz, kerjasama antara PAS dan Umno - jika terjadi - akan menggabungkan undi untuk kedua-dua parti dan membantu kemenangan mereka.
Dalam jangkaan keadaan menjadi begitu, kata Mahfuz, ada orang yang bertanya kepada beliau sama ada anggota PAS boleh mengundi Umno berdasarkan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.

Kata Mahfuz, pada pandangannya keadaan semasa sedang digunakan oleh kepimpinan PAS untuk meyakinkan anggota parti menerima dan mengundi Umno.
Bagaimanapun beliau mengakui kerjasama mengelak pertembungan secara langsung antara PAS dan Umno itu masih pada tahap hipotesis.

Sementara itu mengenai usaha BERSATU memujuk PAS, Mahfuz menjelaskan ketika ini parti berkenaan tidak keliru seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pihak yang keliru ialah parti pembangkang lain yang tidak memahami mesej tersirat PAS.
"Mesej PAS ialah mereka tidak bersedia bekerjasama dengan HARAPAN, sebab itulah PAS letak bermacam alasan yang diketahui sukar diterima parti pembangkang lain.

"Antara syarat ditetapkan PAS ialah, parti itu mesti menjadi ketua dalam gabungan berkenaan, atau tiada satu pun daripada 70 kerusi ditandinginya sebelum ini boleh diserahkan kepada parti lain.
"Siapa yang nak berunding kalau belum bertemu syarat sudah ditetapkan lebih awal," katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, parti itu tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan Umno.
Setakat ini, katanya, kerjasama yang disertai PAS adalah melalui Gagasan Sejahtera dengan IKATAN.
"Kita tak ada bincang. Kerjasama yang PAS ada sekarang ialah dengan (melalui) GAGASAN sahaja, iaitu dengan IKATAN," katanya.

3 comments:

  1. ketua bukan dilantik diri sendiri.

    ketua dipilih oleh ahli dan sekutu berasaskan kewibawaan tinggi.

    masalah pas kerana menganggap pas adalah agama. menganggap presiden pas adalah elemen agama. maka pas perlu jadi ketua dgn retorik barulah agama memerintah jika pas dan presiden pas menjadi ketua.

    buktikan dulu kewibawaan, ketokohan, setiakawan, bijaksana dan tidak memusuhi sesame rakyat Malaysia.

    sebagai ujian pertama jika kawan dgn MO1 dan mampu memulihkan kebejatan beliau dan kembalikan hak rakyat, maka pas akan dilihat berwibawa dan dgn sendiri akan disanjung utk jadi ketua oleh rakyat.

    pas tk perlu sibuk2 hal amanah dan parti lain. betulkan kawan anda itu yg sgt tercemar dgn penyelewengan...

    atau anda sendiri yg akan mengikut jejak langkah org yg dinasihati.

    bukan setakat mengajar perkataan wala, baiah dan takbir..tp ajarkan juga bahawa mencuri hak Negara itu dosa besar dan bakal masuk neraka.

    medan pas ada didepan mata sendiri.. buktikan dan anda akan dipilih sebagai ketua oleh rakyat jelata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat malam para penggemar angka togel 2D 3D 4D 5D Dan 6D lewat internet ini saya pengeng mengucapkan banyak terima kasih kepada AKI ALIH atas bantuannya sama saya dan saya pengeng juga menyampaikan sesuatu bagi anda yang sering kalah main togel janganlah Anda Putus Asa…karena Anda sudah menemukan peramal angka yang sangat tepat dan bisa merubah nasib anda menjadi lebih baik dari sebelumnya karena saya sudah membuktikannya kemaring malam waktu pemutaran angka 6D tuk putaran MALAYSIA dan alhamdulillah saya dapat Rp 350 juta dari 4 bandar togel karena AKI ALIH menyuruh saya pasang angka sama 4 bandar dan kemenangan saya ini karena berkat bantuan AKI ALIH dan insya allah beliau akan membantu anda semua dengan Angka Ritual yang mengandung banyak keuntungan dan keberhasilan dan jika anda mau bukti bukan omongan belaka silakan hubungi beliau secepatnya karena kesempatan tak’akan datang kedua kalinya.

      DAN APAKAH ANDA TERMASUK DALAM KATAGORI DI BAWAH INI…!!!

      1 i kejar-kejar tagihan hutang yang tak pernah bisa terlunasih.

      2:Selalu kalah dalam bermain togel sehingga anda bisa-bisa setres mikiring hutang yang semaking menumpuk.

      3:Barang berharga sudah terjual buat judi togel..

      4:Sudah kemana-mana tapi tidak ada menghasilkan solusi yang tepat.

      5:Sudah banyak dukun di tempati minta angka ritualnya,belum dapat juga jalan menyelesaikan masalah.

      6.Mau pulang kampung tapi malu karena tidak ada ongkos pulang.
      7.Dan bagi anda yang memerlukan pesugihan TUYUL anda juga bisa minta sama beliau kalau anda ke pengeng cepat kaya.

      BAGI YANG BERMINAT ANDA BISA GABUNG DI SINI…!! SUPAYAHSEMUA MASALAH ANDA BISA TERSELESAIKAN ATAU Silakan hubungi AKI ALIH di nomor hpnya 082 313 669 888 atau KLIK DISINI
      .karena angkanya bisa di jamin 100% tembus saya berkata begeni karena saya sudah buktikan sendiri..!!!
      jadi tiba giliran anda tuk membuktikannya,terima kasih…?
      (`’•.¸(` ‘•. ¸*¸. •’´)¸.•’´)
      «´ Thanks AKI `»
      (¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )

      SALAM TERIMA KASIH SAYA SAMA AKI KARENA SUDAH BANYAK MEMBANTU SAYA DAN KELUARGA SAYA DAN SEMOGAH AKI SELALUH SEHAT-SEHAT SAJA,AMIEN….!MAAF AKI KALAU BOLEH SAYA BERTANYA APA BOLEH SAYA MINTA TUYUL AKI SUPAYAH SAYA BISA CEPAT KAYA TRUSTRAN AKI SAYA CAPEK JADI TKI DI MALAYSIA,SAYA KEPENGEN PULANG KE INDONESIA BUKA USAHA DAN BISA KERJA MANDIRI AKI DAN TADI ANGKA AKI TEMBUS DAN SAYA MENANG SEBANYAK Rp 350 JUTA DAN INSYA ALLAH BESOK SAYA TRANSFER UANG SEBANYAK Rp 35 JUTA UNTUK SEWAH TUYULNYA DAN SAYA JUGA KE PENGENG BERIKAN AKI UANG SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH SAYA SAMA AKI SEBANYAK Rp 10 JUTA KARENA AKI SUDAH MEMBANTU SAYA DENGAN ANGKA TOGEL AKI,JADI TOLONG DI TERIMA YA KI…?

      Delete
  2. BE SMART AND BECOME RICH .It all depends on how fast
    you can be to get the new PROGRAMMED card called the Blank ATM card that is capable of
    hacking into any ATM, anywhere in the world
    The card has the ability to withdraw up to $2,000 daily. Though is illegal,there is no risk of being caught
    ,because we have programmed this CARD in such a way that it is not traceable,it
    also has a technique that makes it impossible for the CCTVs to detect
    you..For details on how to get yours today, email the us on :
    cyberatmhackers@outlook.com

    ReplyDelete