Friday, December 16, 2016

Tanah adat: Orang Asli Jahut bawa Pahang ke mahkamah

 | December 15, 2016
Tujuh wakil Kampung Sungai Mai akan memfailkan kes mereka esok bagi mempertahankan tanah kerajaan dan simpanan hidupan liar seluas 5,000 hektar.
asli-saman
PETALING JAYA: Tujuh Orang Asli Jahut akan memfailkan kes terhadap kerajaan Pahang di Mahkamah Tinggi Temerloh esok.
Mewakili masyarakat Kampung Sungai Mai di Jerantut, Pahang itu, kumpulan itu mahu mempertahankan tanaf adat mereka dan hak Orang Asal diiktiraf.
Kes mereka melibatkan tanah kerajaan dan kawasan simpanan hidupan liar Krau seluas 5,000 hektar.

“Sebelum kedatangan penjajah British dan pembatasan tanah kerajaan dan kawasan simpanan hidupan liar, Orang Jahut bebas menjelajah kawasan nenek moyang mereka di Lembah Krau untuk mencari rotan dan buluh untuk dijadikan bahan membina rumah.

“Mereka juga memburu, memungut hasil hutan dari kebun dan hutan mereka,” kata Jef Yangman, salah seorang plaintif, dalam satu kenyataan yang disediakan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas).
Jef menetap di Kampung Sungai Mai bersama 98 keluarga atau kira-kira 500 Orang Jahut, yang bergantung kepada kawasan hutan sebagai sumber mata pencarian.

Jef mendakwa pemberian lesen pendudukan sementara yang diberikan kerajaan Pahang kepada orang luar salah satu punca pencerobohan tanah adat.
“Pemegang lesen itu kebanyakannya individu yang terlibat dengan pembalakan, penanaman kelapa sawit dan kebun getah, dan ladang limau dan pisang.
“Justeru, penerokaan hutan yang berlaku ini memusnahkan kawasan perkuburan, pokok buah-buahan, dan kawasan berburu mereka.”

Katanya penduduk mengambil masa 8 tahun untuk memfailkan kes mereka di Mahkamah Tinggi Temerloh.
“Mereka telah membuat kajian mendalam, pemetaan komuniti, dan perbincangan dengan peguam sebelum pergi ke mahkamah.”

Kes mereka dikendalikan oleh peguam A Rajkumar secara pro-bono.
Seorang lagi plaintif, Yusri Ahon, merupakan ketua masyarakat Jahut. Yusri juga seorang aktivis dan presiden Joas.
“Orang Asli akan mengambil tindakan drastik jika didesak.
“Orang Asli terkenal dengan sifat mengelakkan kekerasan dalam kehidupan komuniti mereka.

“Tidak kira apabila berjuang di mahkamah walaupun dengan kos yang tinggi atau membina sekatan terhadap pembalak sungguhpun diancam dengan penahanan; ini adalah cara terakhir Orang Asli apabila suara mereka tidak didengar oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak mengiktiraf hak mereka,” kata Yusri.

Setiausaha Agung Joas, Jannie Lasimbang berkata hak Orang Asli sudah diiktiraf di mahkamah, seperti kes Sagong Tasi, kes Adong Kuwau dan kes Nor Nyawai.
“Keputusan kes tersebut harus dijadikan sebagai rujukan kepada kes tanah Orang Asal yang akan datang.

“Selain itu, kerajaan Malaysia sudah terlibat dengan banyak agenda antarabangsa dan menandatangani dokumen antarabangsa seperti Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal pada 2007, dan Dokumen Hasil Persidangan Sedunia Mengenai Orang Asal pada 2014.
“Dokumen-dokumen ini telah menyatakan dengan jelas tentang hak Orang Asal dan langkah pelaksanaannya.
“Justeru, tiada alasan untuk kerajaan untuk tidak mengiktiraf hak Orang Asal,” kata Jannie.

1 comment:

  1. BE SMART AND BECOME RICH .It all depends on how fast
    you can be to get the new PROGRAMMED card called the Blank ATM card that is capable of
    hacking into any ATM, anywhere in the world
    The card has the ability to withdraw up to $2,000 daily. Though is illegal,there is no risk of being caught
    ,because we have programmed this CARD in such a way that it is not traceable,it
    also has a technique that makes it impossible for the CCTVs to detect
    you..For details on how to get yours today, email the us on :
    cyberatmhackers@outlook.com

    ReplyDelete