Tujuh wakil Kampung Sungai Mai akan memfailkan kes
mereka esok bagi mempertahankan tanah kerajaan dan simpanan hidupan liar
seluas 5,000 hektar.
PETALING JAYA: Tujuh Orang Asli Jahut akan memfailkan kes terhadap kerajaan Pahang di Mahkamah Tinggi Temerloh esok.
Mewakili masyarakat Kampung Sungai Mai di Jerantut, Pahang itu,
kumpulan itu mahu mempertahankan tanaf adat mereka dan hak Orang Asal
diiktiraf.
Kes mereka melibatkan tanah kerajaan dan kawasan simpanan hidupan liar Krau seluas 5,000 hektar.
“Sebelum kedatangan penjajah British dan pembatasan tanah kerajaan
dan kawasan simpanan hidupan liar, Orang Jahut bebas menjelajah kawasan
nenek moyang mereka di Lembah Krau untuk mencari rotan dan buluh untuk
dijadikan bahan membina rumah.
“Mereka juga memburu, memungut hasil hutan dari kebun dan hutan
mereka,” kata Jef Yangman, salah seorang plaintif, dalam satu kenyataan
yang disediakan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas).
Jef menetap di Kampung Sungai Mai bersama 98 keluarga atau kira-kira
500 Orang Jahut, yang bergantung kepada kawasan hutan sebagai sumber
mata pencarian.
Jef mendakwa pemberian lesen pendudukan sementara yang diberikan
kerajaan Pahang kepada orang luar salah satu punca pencerobohan tanah
adat.
“Pemegang lesen itu kebanyakannya individu yang terlibat dengan
pembalakan, penanaman kelapa sawit dan kebun getah, dan ladang limau dan
pisang.
“Justeru, penerokaan hutan yang berlaku ini memusnahkan kawasan perkuburan, pokok buah-buahan, dan kawasan berburu mereka.”
Katanya penduduk mengambil masa 8 tahun untuk memfailkan kes mereka di Mahkamah Tinggi Temerloh.
“Mereka telah membuat kajian mendalam, pemetaan komuniti, dan perbincangan dengan peguam sebelum pergi ke mahkamah.”
Kes mereka dikendalikan oleh peguam A Rajkumar secara pro-bono.
Seorang lagi plaintif, Yusri Ahon, merupakan ketua masyarakat Jahut. Yusri juga seorang aktivis dan presiden Joas.
“Orang Asli akan mengambil tindakan drastik jika didesak.
“Orang Asli terkenal dengan sifat mengelakkan kekerasan dalam kehidupan komuniti mereka.
“Tidak kira apabila berjuang di mahkamah walaupun dengan kos yang
tinggi atau membina sekatan terhadap pembalak sungguhpun diancam dengan
penahanan; ini adalah cara terakhir Orang Asli apabila suara mereka
tidak didengar oleh kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak mengiktiraf
hak mereka,” kata Yusri.
Setiausaha Agung Joas, Jannie Lasimbang berkata hak Orang Asli sudah
diiktiraf di mahkamah, seperti kes Sagong Tasi, kes Adong Kuwau dan kes
Nor Nyawai.
“Keputusan kes tersebut harus dijadikan sebagai rujukan kepada kes tanah Orang Asal yang akan datang.
“Selain itu, kerajaan Malaysia sudah terlibat dengan banyak agenda
antarabangsa dan menandatangani dokumen antarabangsa seperti Deklarasi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal pada 2007, dan
Dokumen Hasil Persidangan Sedunia Mengenai Orang Asal pada 2014.
“Dokumen-dokumen ini telah menyatakan dengan jelas tentang hak Orang Asal dan langkah pelaksanaannya.
“Justeru, tiada alasan untuk kerajaan untuk tidak mengiktiraf hak Orang Asal,” kata Jannie.
BE SMART AND BECOME RICH .It all depends on how fast
ReplyDeleteyou can be to get the new PROGRAMMED card called the Blank ATM card that is capable of
hacking into any ATM, anywhere in the world
The card has the ability to withdraw up to $2,000 daily. Though is illegal,there is no risk of being caught
,because we have programmed this CARD in such a way that it is not traceable,it
also has a technique that makes it impossible for the CCTVs to detect
you..For details on how to get yours today, email the us on :
cyberatmhackers@outlook.com