Perwakilan
Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada
Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang melantik menteri Kabinet yang mempunyai latar belakang bersesuaian dengan portfolio mereka.
Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata, ini bagi
memudahkan menteri tersebut lebih memahami sesuatu isu berkaitan
kementerian mereka.
"Saya ambil contoh isu guru duka lara yang dapat perhatian Menteri
Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Tok Det (gelaran Mahdzir) faham
isu ini kerana beliau merupakan bekas guru.
"Mungkin kalau menteri yang jaga isu barang kena ambil tauke kedai
runcit. Menteri belia dan menteri agama sekarang dah sesuai dah,"
katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan
Agung Umno 2016, di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment