SHAH ALAM - Pakatan Harapan menyasarkan untuk merampas kubu kuat Umno
di selatan tanah air iaitu Johor pada pilihan raya umum akan datang.
Demikian keyakinan disampaikan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam
ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, hari ini.
Menurutnya, Amanah sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dan
merancang dengan rakan-rakan parti Pakatan Harapan bagi menjayakan misi
itu.
"PKR adalah rakan yang lama, DAP juga rakan lama dan usah lupa Bersatu.
Jadi, kita semuanya balik dengan satu semangat dan pilihan raya akan
datang kita semua perlu bekerja dengan kuat dan amanah.
"Tapi kita harus ingat! Kuat macam mana pun kita sekarang, kita tidak boleh sendiri," katanya.
Jelasnya, PKR, DAP dan Bersatu walau sekuat mana sekalipun, mereka tidak boleh bersendiri.
Malah, Mohamad yakin sekiranya Pakatan Harapan terus bersatu, Johor adalah sasaran mereka untuk PRU akan datang.
"InsyaALLAH, selepas Johor kemudian ke Melaka dan Negeri Sembilan serta
kita perlu anggap yang paling sukar adalah Kelantan. Kalau Amanah tak
bertanding, tapi 'parti lama' bertanding, Barisan Nasional akan ada
peluang menang.
"Tapi kalau Amanah bertanding, Amanahlah yang akan menang dan jadi
pilihan rakyat kelantan kerana rakyat Kelantan pemikiran mereka sedikit
sebanyak ada budaya Tiong Hwa. Jika ubah undi, ubah seketul terus,"
katanya.
No comments:
Post a Comment