Monday, December 19, 2016

Parti komponen BN tak senang ‘arahan’ sokong RUU 355

 FMT| December 18, 2016
Ketua Pemuda MIC juga memberi amaran kepada Umno agar tidak memperkecilkan parti komponen BN yang lain demi untuk menggembirakan PAS.
siravarjh-mic-1
PETALING JAYA: Tidak semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kewajipan untuk bersetuju dengan rang undang-undang Syariah kontroversi yang nampaknya disokong Umno, kata ketua Pemuda MIC.

Bercakap kepada FMT hari ini, C Sivarraajh berkata dalam negara pelbagai kaum, Umno mesti menghormati pandangan sekutunya dalam gabungan BN yang mentadbir negara.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini di mana Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN perlu menyokong apabila kerajaan mengambil alih rang undang-undang persendirian.

Ahmad berkata parti komponen BN wajib menerimanya sebagai sebahagian daripada keputusan pemerintah.

Ahmad bercakap tentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang dicadangkan pemimpin PAS dan disokong Umno, yang kini mempunyai hubungan mesra di antara kedua-duanya.
Umno menyokong pembentangan pindaan rang undang-undang yang akan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjatuhkan hukuman lebih berat.

Sivarraajh berkata Umno perlu memberi penerangan sewajarnya kepada parti komponen BN mengenai perkara itu.
“Ahmad perlu bertanggungjawab menjelaskan rang undang-undang dan bukan semata-mata mengharapkan parti komponen mematuhinya. Jangan memperkecilkan kami hanya kerana anda ingin menggembirakan PAS. Kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata kenyataan Ahmad adalah salah pada dasarnya kerana tiada pihak boleh dipaksa untuk menyokong mana-mana rang undang-undang.
“Peraturan Mesyuarat terpakai kepada ahli Parlimen secara individu dan bukan keseluruhan parti,” katanya kepada FMT hari ini.
Tetapi Yong berkata parti komponen BN perlu menganalisis pindaan yang dicadangkan, sebelum membuat keputusan.

“Inilah sebabnya mengapa Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai perkara itu.”
Rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah menjadi isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Usul meminda akta ditetapkan akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat akan datang, Mac tahun depan.
Selepas bacaan pertama selesai, kerajaan akan mengambilnya sebagai rang undang-undang ke-2 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Bahrom yang juga menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, akan membacanya sebagai rang undang-undang kerajaan.

2 comments:

  1. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ki Witjaksono atas bantuan dana ghaibnya kini kehidupan ku lebih jauh dari sebelumnya dan itu semua berkat Ki Witjaksono bagi saudara-saudara yang mau di bantu sama Ki Witjaksono silahkan hubung +62852_2223_1459.
    selengkapnya KLIK-> PESUGIHAN TOTO TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete